Siapa yang tidak kenal Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Tokoh ulama dan pemikir Islam yang dikenali di dunia islam, juga dunia barat. Kehebatan beliau dalam mengupas isu-isu islam, tidak dinafikan.
Sebarang fatwa yang dikeluarkan, sudah pasti memberi keuntungan kepada islam. Disiplin ilmu yang beliau kemukakan, amat mengkagumkan. Lihatlah buku-buku karangan beliau yang masyhur-masyhur, seperti kitab At-taharah, Fiqh Awlawiyyat, Fiqh Aqalliyyat, Siyasah Syariiyyah dan sebagainya. Justeru, tidak hairan, beliau mendapat gelaran "Al-Imam Al-Wasati".
Dunia mengiktiraf kehebatan beliau. Pengiktirafan beliau sebagai ulama, bukan sekadar para ilmuan dalam Malaysia, bahkan ilmuan islam di dunia Islam yang hebat-hebat. Justeru, ke'ulama'an Dr Yusuf Al-Qaradhawi tidak boleh dinafikan lagi. Bak kata pepatah;
لا يعرف ذا فضل الا ذاوه
Maksudnya;
"tidak mengenali orang yang mempunyai kelebihan, melainkan orang yang mempunyai kelebihan juga"
Adapun Zulkifli nordin seorang peguam islam yang mula dikenali sejak isu pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dari parti UMNO dan dari Timbalan perdana Menteri. Di mana sahaja ada isu mahkamah melibatkan Anwar Ibrahim ketika itu, pasti disitu wujud wajah yang bertubuhkan Zulkifli Nordin.
Dikatakan bahawa dahulu beliau pernah menjadi salah seorang YDP PAS di Bandar Tun Razak. Tidak diketahui setara mana kebenaran berita angin tersebut. Di maklumkan juga, beliau pernah diletakkan sebagai calon PAS untuk pilihanraya umum, tetapi majlis Syura menolak.
Apabila pilihanraya umum tahun 2008 bergema, Zulkifli Nordin semakin dikenali apabila beliau bertanding di parlimen kulim dan menang sebagai Ahli parlimen atas tiket parti Keadilan rakyat (PKR). Beliau amat terserlah dalam banyak isu, terutama melibatkan isu islam dan melayu. Pun begitu, kebelakangan ini, apabila tercetus isu kalimah Allah, kehadiran beliau mempertahankan pendapatnya semakin teserlah.
"Mereka ini bagi saya adalah Firaun Kecil . Dalam Isu Islam tidak ada kompromi apatah lagi soal kalimah Allah membabitkan soal akidah" ujar beliau dalam memperkatakan tentang isu kalimah Allah yang sedang hangat diperkatakan (sila Klik)
Isu kalimah Allah ini, sudah didebatkan dengan begitu hebat sekali. Berbagai pendapat dan hujjah telah dikemukakan, yang akhirnya Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengeluarkan kenyataan pada 22 Januari yang lalu dengan kata beliau;
"Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? "
Persoalannya sekarang, siapa yang benar dalam isu kalimah Allah ini? Zul Kulim atau Dr Yusuf Al-Qaradhwi? Pening dibuatnya, apabila melihat pertembungan dua pendapat ulama besar ini.
http://g-82.blogspot.com/
This entry was posted
on Thursday, January 28, 2010
and is filed under
Umum
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Online Map
P94 Hulu Selangor

HARAKAHDAILY
Tranungkite Online
Malaysiakini
terengganu lening
global
macam-macam
Video Channels
-
-
-
BICARA 2 MUROBBI7 years ago
-
-
-
Ilmu Sesat - Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat13 years ago
-
bros15 years ago
-
Blogroll
-
-
-
Artikel Februari 20222 years ago
-
POLITIK WANG DALAM UMNO MEMBARAH7 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN7 years ago
-
-
-
-
Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa9 years ago
-
15 tanda kematian mulia10 years ago
-
-
-
-
Harga Kubah Masjid11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Archives
Link/Laman
Radio & TV
Minda
- Abdul Hadi Awang
- AlHusseyn
- Amin Iskandar
- Anwar Ibrahim
- Azizi Abdullah
- Bakaq
- Dr Mohd Asri
- Dr Siti Mariah
- Dr Zulkifly
- Faisal Tehrani
- Hanipa
- Herman
- Hishamuddin
- Husam Musa
- Ibnu Hasyim
- Idris Ahmad
- Kadir Jasin
- Khalid Samad
- Khalil Idham Lim
- Khir Toyo
- Lufti
- Mahathir
- Mahfuz
- Misbahul Munir
- Nasrudin
- Nik Abdul Aziz
- Nik Nasri
- NikAbduh
- Nobisha
- Raja Petra
- Ramli Abd Halim
- Roslan SMS
- Saiful Islam
- Sayuti Omar
- Sofi Wahab
- Subky
- Tuan Ibrahim
- Wan Ji
- Wfaudzin
- Zaharuddin
- Zaid Ibrahim
- Zainol Abiden
- Zainulfaqar
- Zolkharnain
- Zulkifli Nordin
Categories
- Berita (12)
- GST (7)
- Isu Felda (1)
- Isu Kalimah Allah (144)
- Isu royalti minyak (34)
- Kenyataan Media (6)
- Krisis Perak (16)
- Luar Negara (82)
- Macam-macam ada (54)
- Memali (1)
- P94 Hulu Selangpr (59)
- Pandangan (112)
- Parlimen (12)
- Pedoman (23)
- Politik (803)
- Pulau Pinang (1)
- Sidang Dun Trg (8)
- SodomyII (41)
- Sukan (5)
- Terengganu lening (53)
- Umum (133)
- Useful Info (2)




0 comments