Perarakan aman: 9 Mahasiswa ditangkap  

Posted by Kunta-Kinte

Seluruh mahasiswa institut pengajian tinggi Malaysia IPTA semalam telah melakukan perarakan aman menutut demokrasi bersih (WALK For Democracy) bermula dari Dataran Merdeka sehingga pusat membeli belah Sogo sekitar jam 10.30 pagi hingga 1 petang. Perhimpunan tersebut menunjukan ketidakpusan hati mahasiswa Malaysia ke atas pencabulan demokrasi kampus dan hak-hak Mahasiswa.

Mahasiswa turun untuk memberitahu kepada rakyat bahawa suara mahasiswa selama ini tidak didengari malahan dianggap rendah oleh pihak Pentadbiran Universiti yang melibatkan HAL EHWAL PELAJAR hampir di semua Kampus. Mahasiswa kecewa dengan tindakan tidak profesional terhadap kekasaran polis serta tindakan provokasi mereka sehingga menyebabkan 9 orang mahasiswa ditangkap dalam perarakan berkenaan.

Dalam tangkapan tersebut juga, mahasiswa beranggapan tindakan polis melambatkan pembebasan mereka semalam sebagai satu tindakan yang tidak adil seolah-olah mahu menyeksa mereka di dalam lokap lebih lama. Mereka ditahan pada pukul 1 petang dan dibebaskan selewat jam 12 tengah malam. Tempoh ini sangat lama dan keadaan ini telah memberikan tekanan kepada tahanan.

Polis juga dianggap tidak amanah dan telah menyalahgunakan tugas sehingga menghalang penguam untuk berjumpa dengan tahanan sedangkan di bawah Seksyen 28(A) Kanun Prosedur Jenayah mahasiswa berkenaan seharusnya diberikan akses kepada peguam pilihan mereka untuk berjumpa. Oleh yang demikian, kami di peringkat mahasiswa ingin menyeru kepada seluruh mahasiswa dan rakyat keseluruhannya bahawa mahasiswa malaysia tidak pernah redha dengan tindakan yang menindas mahasiswa.

Kenyataan media oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

This entry was posted on Sunday, January 24, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments