Penyamun ratah tubuh Mak Andam  

Posted by Kunta-Kinte

MELAKA: Seorang penyamun bernafsu buas dikesan menjadikan mak andam yang jelita dan memiliki tubuh menggiurkan sebagai mangsanya. Malah suspek berusia 29 tahun dan masih bujang itu turut bertindak ganas iaitu mengugut mangsanya dengan pisau ketika menyamun sebelum ‘meratah’ tubuh mereka tidak kira tempat sama ada di dalam premis mahupun di kawasan semak.

Difahamkan, suspek berasal dari Durian Tunggal dekat sini tidak mempunyai pekerjaan tetap tetapi melakukan pelbagai kerja termasuk tukang cuci dan pekerja pam di stesen minyak, dikesan licik menggunakan kepakarannya dalam ‘mengayat’ mangsanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, siasatan mendapati suspek menggunakan modus operandi iaitu menghubungi nombor telefon tertera pada iklan di premis mangsa sebelum berpura-pura mahu mengambil pakej perkahwinan.

Katanya, suspek juga sedaya upaya cuba meyakinkan mangsanya bahawa dia benar-benar mahu menggunakan khidmat mak andam terbabit dengan datang ke premis untuk berbincang.

Beliau berkata, apabila mangsa mempercayai kata-katanya, suspek kemudian mengajak mangsa menaiki motosikalnya untuk pergi ke rumahnya bagi urusan berkaitan.

“Di pertengahan jalan, suspek berhenti di kawasan semak dan sunyi sebelum mengugut mangsa menyerahkan barangan berharga termasuk telefon bimbit.

“Sebaik mendapat barangan, suspek tidak melepaskan mangsa begitu saja sebaliknya mengambil kesempatan melampiaskan nafsu serakahnya dengan merogol mangsa,” katanya.

Mohd Adnan berkata, pemburuan ke atas suspek selepas hampir dua bulan dijejaki hasil laporan mangsa membuahkan hasil apabila polis berjaya menahannya di satu kawasan di Negeri Sembilan.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati suspek terbabit dalam sembilan kes iaitu samun dan rogol (empat kes), rogol (tiga) dan masing-masing cubaan rogol serta samun dan cabul (satu kes).

“Dengan penangkapan suspek, kita berjaya menyelesaikan sembilan kes di Melaka serta tiga kes lain di Negeri Sembilan. “Polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap kes ini mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan untuki kesalahan samun dan Seksyen 376 akta sama, bagi kesalahan merogol,” katanya.-metro

This entry was posted on Saturday, January 16, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments