Pembakaran gereja, “ada udang disebalik batu”  

Posted by Kunta-Kinte

1) Pada ketika tulisan ini ditulis, empat gereja telah diganasi dengan pembakaran dan bom petrol di sekitar Kuala Lumpur.

2) Inilah pertama kali perkara seumpama ini berlaku di Malaysia dan ini bukan budaya rakyat Malaysia.

3) Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penganut agama Katolik untuk menggunakan perkataan “Allah” telah dieksploitasi oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik.

4) Kerajaan melalui perdana menteri Najib Tun Razak dan menteri dalam negeri, Hishamuddin Tun Hussein Onn dilihat seperti “menyimbah petrol” kepada golongan yang telah diapi-apikan oleh pihak tertentu semalam, sebelum berlakunya “terorism” terhadap gereja-gereja di Kuala Lumpur hari ini.

5) Setelah satu negara tahu tiga buah gereja diganasi, sebuah lagi gereja berjaya diganasi tanpa adanya kawalan oleh pihak polis. Seharusnya pihak polis telah menempatkan anggota di selurh gereja di Kuala Lumpur jika benar mereka ingin menjaga ketenteraman awam.

6) Tidak kelihatan ada usaha yang serius daripada kerajaan dan polis untuk membendung perkara ini daripada terus merebak. Malahan “teroris” kelihatan seperti mendapat restu daripada pihak tertentu yang mahukan negara berada dalam keadaan huru-hara agar darurat dapat dilaksanakan.

7) Situasi politik pada hari ini seumpama Malaysia sebelum berlakunya tragedi 13 Mei 1969 dimana kerajaan yang memerintah telah kehilangan banyak kerusi dan hilang kepercayaan daripada sebahagian besar rakyat Malaysia. Jika Malaysia berada dalam keadaan darurat, maka parlimen dapat digantung dan Majlis Keselamatan Negara dapatlah ditubuhkan.

Oleh itu jelaslah isu pada hari ini adalah isu politik dan bukanlah isu agama. Jadi janganlah kita tertipu lagi dengan skrip cerita yang sama dan digunakan pada tahun 1960an dulu. Bodohlah jika kita termasuk kedalam lubang biawak sebanyak dua kali.

9) Perbuatan “terorism” terhadap gereja adalah perbuatan yang dikutuk oleh Islam dan tidak seharusnya dilakukan oleh manusia yang bertamadun. Daripada “trend” kejadian, dilihat seperti ada “tangan” pihak yang terlatih dalam melakukan “teror” ini.

10) “Laknatullah Ilaika” diucapkan kepada perancang-perancang, perlaku-perlaku dan mereka-mereka yang menyokong keganasan terhadap gereja di Kuala Lumpur.

Akhir kata, jangan biarkan diri anda menjadi “alat” untuk meneruskan niat jahat pihak-pihak tertentu. Gunakanlah otak yang ada di kepala kerana itulah yang membezakan diri kita dengan haiwan.



http://www.aminiskandar.com/

This entry was posted on Saturday, January 09, 2010 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments