JAN 23 — “75 peratus orang Melayu menolak pandangan PAS yang mengizinkan Kristian menggunakan nama Allah. Hanya 25 pertaus sahaja menyokongnya. Di kalangan bukan Melayu pula, 90 peratus menyokong PAS manakala 10 peratus sahaja menentangnya.”
Inilah kenyataan yang saya temui hari ini. Ia berdasarkan analisa rambang yang dibuat oleh beberapa pihak ekoran isu nama Allah.
“Jika begitu kedudukannya, PAS akan kalah di semua kerusi yang ditandinginya,” kata saya kepada pihak yang memberikan maklumat itu kepada saya. Analisa saya kepada maklumat itu adalah:
75 peratus dari 60 peratus orang Melayu akan mengundi Umno. Hanya 25 peratus sahaja akan mengundi PAS. Ini bermakna, PAS hanya akan mendapat 15 peratus pengundi kelompok ini.
PAS akan mendapat 36 peratus dari 40 peratus pengundi bukan Melayu di Malaysia. Ini bermakna, jumlah undi yang diperolehi PAS adalah 51 peratus berbanding dengan Umno 49 peratus dari seluruh kelompok masyarakat negara ini.
Jika begitu kedudukannya, walaupun PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Malaysia tetapi PAS akan kalah di kesemua kerusinya kerana PAS hanya bertanding di kawasan Melayu majoriti melebih 70 peratus. Inilah dilema PAS... kalau dilihat kepada senario hari ini.
Namun, saya melihat dari perspektif berbeza. Benar inilah senario hari ini tetapi bukannya senario hari esok dan hari-hari seterusnya. Ini kerana, senario hari ini berlaku berdasarkan emosi orang Melayu dan bukan berdasar fakta sebenar kenapa PAS bertindak sedemikian dalam isu nama Allah ini. Secara ringkasnya, pendirian PAS dalam isu nama Allah adalah:-
1) PAS setuju tidak salah agama Kristian menggunakan nama Allah kerana semua agama Samawi sememangnya menggunakan nama Allah untuk Tuhan mereka.
2) PAS tidak mahu nama Allah disalahgunakan untuk tempat-tempat yang tidak sewajarnya.
Jelas apa yang diputuskan oleh PAS adalah berdasarkan Islam yang menjadi dasar PAS selama ini. Keputusan itu tidak dibuat PAS kerana kepentingan politik atau kerana emosi para pemimpinnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam itu. Ia pula dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS selepas berbincang dan bermesyuarat.
Dan buat pertama kalinya selepas isu unity government, para pemimpin utama PAS bersatu hati dalam tindakan mereka. Kalau selama ini kelihatan semacam ada kumpulan-kumpulan dalam PAS, isu nama Allah telah menyatukan mereka kembali.
Pemimpin yang membuat kenyataan berbeza dari keputusan 12 Jan itu juga bertegas, pandangan mereka sebelum itu adalah pandangan pribadi. Kini pandangan mereka adalah sama dengan pandangan parti yang diputuskan 12 Jan itu.
Terbukti kini secara perlahan-lahan, PAS telah membuat keputusan yang tepat dengan keperluan parti dan keperluan negara sebenarnya. PAS bukan lagi parti kampung atau parti keagamaan sempit tetapi parti yang meletak kepentingan negara didepannya.
Bayangkan jika PAS berpendirian menentang keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Kristian menggunakan nama Allah itu. Saya yakin, kalaulah PAS mengambil keputusan itu, bukan lapan gereja yang menjadi mangsa “vandalism”. Bahkan, berpuluh-puluh gereja yang bakal menjadi mangsa. Ia bukan lagi dinamakan “vandalism” tetapi serangan berdasarkan “jihad agama”.
Saya katakan semua ini kerana sememangnya perasaan curiga di dalam masyarakat antara Islam dan Kristian ini sudah lama ditanam. Siapa yang menanamnya tidak diketahui. Yang pasti, ia umpama “fitnah” yang sedang tidur. Jika ia digerakkan, maka akan bangunlah ia.
Oleh itu, sesiapa yang masih tidak bersetuju dengan keputusan PAS ini perlu berfikir sekali lagi. Fikiran itu hendaklah dibuat dengan rasional dan berdasarkan sikap terbuka, bukannya emosi. Apakah yang PAS buat itu betul atau salah.
Benar, Umno menggunakan segala organ dan jentera yang dikawalnya untuk mempengaruhi masyarakat agar memihak kepada pemikiran sempitnya iaitu menentang permohonan Kristian itu. Ia bertujuan untuk memberitahu rakyat Umnolah pejuang agama sebenar. PAS hanya memperalatkan agama bukannya pejuang agama.
Antaranya Umno menggunakan platform yang paling ampuh di kalangan orang Melayu iaitu mimbar Jumaat dan Istana untuk mempengaruhi emosi dan pemikiran orang Melayu.
Minggu lepas, sekurang-kurang hampir semua mimbar Jumaat di semua masjid dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membaca teks khutbah yang dibekalkan oleh pihak berkuasa agama yang dikawal kerajaan. Dalam khutbah itu, dibahaskan betapa tidak wajarnya Kristian dibenarkan menggunakan perkataan Allah. Ini kerana Kristian tidak percaya kepada Allah yang satu tetapi trinity.
Di Selangor, pihak berkuasa agama negeri mengeluarkan titah Sultan Selangor melarang nama Allah digunakan oleh agama Kristian.
Namun, ia tidak membawa kesan yang besar. Ini kerana, kewibawaan ulama PAS dalam hal agama ini jauh lebih baik. Bayangkan jika PAS juga bersama mereka... hancurlah negara.
Zulkifli Sulong
Malaysian Insider
This entry was posted
on Saturday, January 23, 2010
and is filed under
Isu Kalimah Allah
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Online Map
P94 Hulu Selangor

HARAKAHDAILY
Tranungkite Online
Malaysiakini
terengganu lening
global
macam-macam
Video Channels
-
-
-
BICARA 2 MUROBBI7 years ago
-
-
-
Ilmu Sesat - Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat13 years ago
-
bros15 years ago
-
Blogroll
-
-
-
Artikel Februari 20222 years ago
-
POLITIK WANG DALAM UMNO MEMBARAH7 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN7 years ago
-
-
-
-
Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa9 years ago
-
15 tanda kematian mulia10 years ago
-
-
-
-
Harga Kubah Masjid11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Archives
Link/Laman
Radio & TV
Minda
- Abdul Hadi Awang
- AlHusseyn
- Amin Iskandar
- Anwar Ibrahim
- Azizi Abdullah
- Bakaq
- Dr Mohd Asri
- Dr Siti Mariah
- Dr Zulkifly
- Faisal Tehrani
- Hanipa
- Herman
- Hishamuddin
- Husam Musa
- Ibnu Hasyim
- Idris Ahmad
- Kadir Jasin
- Khalid Samad
- Khalil Idham Lim
- Khir Toyo
- Lufti
- Mahathir
- Mahfuz
- Misbahul Munir
- Nasrudin
- Nik Abdul Aziz
- Nik Nasri
- NikAbduh
- Nobisha
- Raja Petra
- Ramli Abd Halim
- Roslan SMS
- Saiful Islam
- Sayuti Omar
- Sofi Wahab
- Subky
- Tuan Ibrahim
- Wan Ji
- Wfaudzin
- Zaharuddin
- Zaid Ibrahim
- Zainol Abiden
- Zainulfaqar
- Zolkharnain
- Zulkifli Nordin
Categories
- Berita (12)
- GST (7)
- Isu Felda (1)
- Isu Kalimah Allah (144)
- Isu royalti minyak (34)
- Kenyataan Media (6)
- Krisis Perak (16)
- Luar Negara (82)
- Macam-macam ada (54)
- Memali (1)
- P94 Hulu Selangpr (59)
- Pandangan (112)
- Parlimen (12)
- Pedoman (23)
- Politik (803)
- Pulau Pinang (1)
- Sidang Dun Trg (8)
- SodomyII (41)
- Sukan (5)
- Terengganu lening (53)
- Umum (133)
- Useful Info (2)




0 comments