
GAMBAR rakaman video menunjukkan lokasi letupan bom yang menyebabkan Massoud maut di Teheran semalam.
TEHERAN - Pakar nuklear Iran, Profesor Massoud Ali-Mohammadi maut semalam dalam satu serangan bom yang diletupkan dengan menggunakan alat kawalan jauh, lapor media rasmi negara Islam berkenaan.
Stesen penyiaran IRIB mendakwa pembunuhan Massoud iaitu saintis fizik neutron Universiti Teheran didalangi ejen-ejen Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
"Bom yang dipasang oleh ejen-ejen perisikan Zionis dan AS menyebabkan dua buah kereta dan sebuah motosikal rosak teruk manakala dua tingkap kediaman di sekitarnya turut pecah," menurut laporan IRIB.

GAMBAR menunjukkan tingkap sebuah bangunan pecah selepas satu letupan bom berlaku yang menyebabkan pakar nuklear Iran maut di kawasan kediaman Qeytariyeh, Teheran semalam.
Massoud, 50, terbunuh dalam satu serangan bom motosikal pada pagi semalam berhampiran kediamannya di utara Teheran. Stesen televisyen berbahasa Inggeris Press TV menunjukkan imej rakaman kaca tingkap yang pecah dan serpihan lain manakala jenazah mangsa yang berada di dalam sebuah beg mayat diusung keluar dari tempat kejadian.
Tiada tangkapan dibuat berhubung pembunuhan Massoud setakat ini. Pengeboman tersebut berlaku selepas kehilangan seorang saintis Pertubuhan Tenaga Atom Iran, Shahram Amiri pada Jun lepas semasa mengerjakan haji di Mekah.
Barat sebelum ini menuduh Iran memajukan program nuklear bagi menghasilkan bom tetapi Teheran menyatakan pembangunan nuklear negara itu bertujuan untuk menghasilkan tenaga elektrik...LIHAT VIDEO - Reuters
This entry was posted
on Wednesday, January 13, 2010
and is filed under
Luar Negara
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.





0 comments