
SEBAHAGIAN orang mengusung jenazah Massoud untuk dikebumikan di Teheran semalam.
TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menegaskan bahawa serangan bom yang berlaku ke atas seorang pakar saintis nuklear Iran di sini menggunakan kaedah serangan rejim Zionis, kata satu laporan.
"Kita dapat lihat tahap dendam musuh dalam cara dia (saintis) dibunuh.
"Kaedah pengeboman itu seperti dilakukan oleh Zionis," kata Mahmoud seperti dipetik oleh agensi berita Mehr.
Saintis itu, Massoud Ali Mohammadi, meninggal dunia apabila sebutir bom yang dipasang pada sebuah motosikal diletupkan dengan alat kawalan jauh ketika saintis tersebut sedang meninggalkan rumah pada pagi Selasa lalu di Teheran.
"Beliau ialah seorang profesor universiti yang beriman dan berkhidmat untuk rakyatnya," kata Mahmoud.
"Pihak musuh yang membunuh elit kami tidak mampu untuk membawa lari maklumat dari negara Iran," katanya.
Beberapa pegawai Iran menuduh Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan perkhidmatan perisikan Mossad milik Israel mendalangi serangan bom itu. - AFP
SEE VIDEO....
This entry was posted
on Friday, January 15, 2010
and is filed under
Luar Negara
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.





0 comments