Osama masih hidup?  

Posted by Kunta-Kinte

KAHERAH - Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden masih hidup dan mengaku bertanggungjawab ke atas cubaan meletupkan sebuah pesawat yang menuju ke Detroit dari Amsterdam ketika Krismas, tahun lalu.

Dalam rakaman audio yang disiarkan Al-Jazeera semalam, Osama juga berikrar untuk meneruskan serangan ke atas AS. Osama menerusi rakaman itu dipercayai mahu menunjukkan beliau masih mengetuai kebanyakan cawangan al-Qaeda di seluruh dunia.

“Amerika tidak akan selamat selagi keadaan di Palestin tidak berubah. Serangan akan diteruskan selagi anda terus menyokong Israel,” katanya. Sementara itu, bekas pembantu Osama, Sheikh Rashad Mohammed Saeed Ismael atau Abu al-Fida berkata, Osama masih hidup dan sihat serta tidak bergantung kepada ubat-ubatan seperti yang dilaporkan media Barat.

Selepas insiden serangan 11 September 2001, Sheikh Rashad ditangkap di Yaman dan ditahan selama dua tahun. “Osama masih hidup dan sihat. Dia tidak perlu mengambil sebarang pil dan ubat. Dia menggunakan herba dan sumber asli selain makan makanan sihat dan sangat berhati-hati mengenai kesihatannya,” kata Abu al-Fida.

Menurutnya, kebanyakan isteri Osama dan 23 anaknya dilaporkan berada di sekitar Timur Tengah.



This entry was posted on Monday, January 25, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments