KOTA BARU, Jan 25 — Datuk Nik Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya, tindakan kerajaan pusat hanya mahu beri wang ihsan adalah satu pengkhianatan, dan tidak akan teragak-agak untuk meminta rakyat adakan doa musnah pemimpin pusat.
Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan menegaskan beliau tidak akan menerima bayaran wang ihsan. “Saya tidak akan terima wang ihsan. Saya akan beritahu kepada rakyat semua, pusat merampas, mencuri, menyamun harta Kelantan.
“Dan saya akan minta tolong rakyat semua doa supaya musnah pemimpin pusat,” kata beliau kepada pemberita selepas menerima rombongan ekspedisi PAS Batu di kediaman rasminya semalam. Ekspedisi diketuai Yang Dipertuanya, Ishak Surin menyerahkan memorandum sokongan PAS kawasan tersebut terhadap usaha kerajaan negeri menuntut royalti petroleum. Kerajaan Kelantan membuat tuntutan tersebut pada awal tahun lalu.
“Kelantan menuntut hak kami secara Islam. Allah beri kepada kami logam di bumi Kelantan, balak permukaan Kelantan dan batu-batan di tanah Kelantan dan juga logam di laut yang kita panggil petroleum. “Itu adalah hak Kelantan. Mana-mana orang ambil hak orang lain berdosa dunia akhirat. “Di dunia dia dikutuk dan didoa musnah oleh semua rakyat Kelantan. Di akhirat kelak, dia akan dimamah oleh api neraka,” katanya.
Nik Aziz menyifatkan pemimpin pusat sebagai pembohong besar apabila berdolak-dalik ketika membuat kenyataan tersebut sebagai mengarut dan putar belit seolah-olah kehidupan mereka bertuhankan duit. “Mereka menyebut peringkat pertama Kelantan tiada hak. Diulang berkali-kali Kelantan tiada hak. Kemudian sekarang ini ada hak pula? Tapi dengan nama wang ihsan,” katanya.
Nik Aziz juga mempertahankan hasil pengeluaran minyak dari perairan pantai Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Katanya, bahan api tersebut tidak terdapat di Kuala Lumpur atau Putrajaya. “Adanya duit petrol di khazanah pusat ini hasil daripada tuah bumi Kelantan... bumi Terengganu dan Sabah Sarawak. Tiba-tiba mereka yang tiada minyak setitik ni kata hak dia. “Kami yang mempunyai hak ini mereka kata tiada hak. Mengarut!” katanya.
Mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husein kerajaan akan melantik beberapa wakil kerajaan Kelantan untuk menduduki jawatankuasa pembangunan wang ihsan, Nik Aziz berkata, itu perkara kedua. “Itu masalah yang kedua. Pasti dulu nak runding ni, hendak bagi royalti atau ihsan kepada kerajaan Kelantan?
“Kalau runding nak beri wang ihsan tak payah runding. Saya tak akan terima,” ujarnya. Difahamkan kerajaan pusat akan membayar wang ihsan kepada Kelantan pada Mac ini. Dalam pada itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bertegas bahawa di bawah undang-undang rakyat Kelantan akan diberi wang ehsan bukan royalti. “Yang penting rakyat Kelantan akan menerima habuan. Namanya berbeza kerana di bawah undang-undang rakyat Kelantan akan diberikan wang ihsan bukan royalti.
“Peruntukan tetap disalurkan,” kata beliau di sini malam tadi mengulas keengganan kerajaan negeri untuk menerima bayaran wang ihsan dari kerajaan pusat selain menolak rundingan dan pelantikan wakil kerajaan menduduki jawatankuasa pembangunan wang ihsan.
Kata Mustapa, kerajaan pusat mempunyai pendekatan 1 Malaysia untuk bermuafakat melibatkan kerajaan pusat dan negeri bagi menjaga hal-hal yang berkaitan kepentingan rakyat. “Kita harap isu ini tidak dipolitikkan. Kita (kerajaan pusat) punyai niat ikhlas di mana kita merasakan penting wang ihsan ini disalurkan bagi menentukan keutamaan projek atau program yang wajar kita laksanakan untuk faedah rakyat di negeri ini.
“Kerajaan pusat akan berlaku adil, apa jua yang berhak diterima rakyat Kelantan, akan di salurkan,” katanya sambil menafikan dakwaan kerajaan negeri kononnya rakyat Kelantan dianiaya dalam isu berkenaan. “Peruntukan tetap disalurkan, namanya wang ihsan. Jadi kita mahu supaya ada muafakat antara kerajaan pusat dan negeri demi kemanfaatan rakyat Kelantan,” katanya.
Sehubungan itu Mustapa menyeru kerajaan negeri tidak terus berkeras dalam hal ini dengan mengambil sikap berkonfrontasi memandangkan kerajaan pusat ikhlas membantu rakyat Kelantan melalui wang ihsan.
This entry was posted
on Monday, January 25, 2010
and is filed under
Isu royalti minyak,
Politik
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Online Map
P94 Hulu Selangor

HARAKAHDAILY
Tranungkite Online
Malaysiakini
terengganu lening
global
macam-macam
Video Channels
-
-
-
BICARA 2 MUROBBI7 years ago
-
-
-
Ilmu Sesat - Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat13 years ago
-
bros15 years ago
-
Blogroll
-
-
-
Artikel Februari 20222 years ago
-
POLITIK WANG DALAM UMNO MEMBARAH7 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN7 years ago
-
-
-
-
Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa9 years ago
-
15 tanda kematian mulia10 years ago
-
-
-
-
Harga Kubah Masjid11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Archives
Link/Laman
Radio & TV
Minda
- Abdul Hadi Awang
- AlHusseyn
- Amin Iskandar
- Anwar Ibrahim
- Azizi Abdullah
- Bakaq
- Dr Mohd Asri
- Dr Siti Mariah
- Dr Zulkifly
- Faisal Tehrani
- Hanipa
- Herman
- Hishamuddin
- Husam Musa
- Ibnu Hasyim
- Idris Ahmad
- Kadir Jasin
- Khalid Samad
- Khalil Idham Lim
- Khir Toyo
- Lufti
- Mahathir
- Mahfuz
- Misbahul Munir
- Nasrudin
- Nik Abdul Aziz
- Nik Nasri
- NikAbduh
- Nobisha
- Raja Petra
- Ramli Abd Halim
- Roslan SMS
- Saiful Islam
- Sayuti Omar
- Sofi Wahab
- Subky
- Tuan Ibrahim
- Wan Ji
- Wfaudzin
- Zaharuddin
- Zaid Ibrahim
- Zainol Abiden
- Zainulfaqar
- Zolkharnain
- Zulkifli Nordin
Categories
- Berita (12)
- GST (7)
- Isu Felda (1)
- Isu Kalimah Allah (144)
- Isu royalti minyak (34)
- Kenyataan Media (6)
- Krisis Perak (16)
- Luar Negara (82)
- Macam-macam ada (54)
- Memali (1)
- P94 Hulu Selangpr (59)
- Pandangan (112)
- Parlimen (12)
- Pedoman (23)
- Politik (803)
- Pulau Pinang (1)
- Sidang Dun Trg (8)
- SodomyII (41)
- Sukan (5)
- Terengganu lening (53)
- Umum (133)
- Useful Info (2)




0 comments