KUALA LUMPUR, Jan 27 — PAS minta Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tidak mengheret sama sekali parti itu ekoran keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memutuskan untuk merujuk beliau kepada lembaga disiplin semalam.
Begitu juga, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pihaknya tidak mahu mencampuri hal ehwal dalaman PKR. “Soal Zulkifli Noordin adalah soal dalaman PKR. Soal Khalid Samad adalah masalah dalaman PAS, itu terserah kepada PAS (untuk uruskan). “Zulkifli Noordin adalah ahli PKR, terserah kepada PKR, kita tidak mahu mencampuri urusan PKR... tak perlu campur, tak perlu (juga campur urusan PAS),” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Mustafa memberitahu biasanya parti-parti komponen Pakatan Rakyat tidak akan mencampuri urusan dalaman rakan-rakan mereka dalam ikatan itu. Kata beliau, jika ada apa-apa masalah berbangkit pihaknya akan membincangkan di peringkat parti masing-masing. Oleh itu kata beliau, PAS akan menentukan tindakan mereka jika ada-ada isu yang perlu diteliti dalam tindakan Khalid yang terbaru ini.
Ditanya sama ada kes terbaru ini ada persamaan dengan isu Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang juga Exco kerajaan negeri yang disiasat sejak akhir tahun lalu, Mustafa memberitahu ia berkaitan soal pentadbiran kerajaan negeri. Sejak pertengahan tahun lalu aspek disiplin juga menjadi perhatian kepimpinan PR untuk mengelak ia dijadikan modal serangan Barisan Nasional (BN). Tahun lalu kenyataan-kenyataan Hasan menjadi perhatian khususnya berkaitan dengan isu jualan minuman keras di Shah Alam dan perjalanan Selcat di negeri itu.
Ia berakhir dengan langkah jawatankuasa pusat PAS merujuknya kepada jawatankuasa disiplin. Keputusan jawatankuasa itu akan diumumkan Jumaat ini. Selain Hasan turut disiasat ialah Khalid. Dalam reaksinya kepada The Malaysian Insider semalam Zulkifli berkata beliau akur dengan keputusan pucuk kepimpinan PKR yang merujuknya kepada lembaga disiplin tetapi sebenarnya beliau menjangkakan keputusan yang lebih “drastik”.
Pada masa yang sama, beliau mahu PAS mengambil tindakan yang serupa terhadap Khalid, Ahli Parlimen Shah Alam yang mengesyorkan agar Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) dikaji semula atas alasan sudah ketinggalan zaman. “Adalah tidak adil mengenakan tindakan ini ke atas saya seorang sahaja. PAS juga perlu mengambil tindakan seperti ini ke atas Khalid (Yang Dipertua PAS Shah Alam). “Pakatan Rakyat tidak ada mekanisme untuk berbuat demikian tetapi boleh meminta PAS bertindak ke atas Khalid (menerusi Majlis Pimpinan Presiden),” katanya.
PKR memutuskan untuk merujuk Zulkifli kepada lembaga disiplin kerana mencetuskan kontroversi dengan membuat laporan polis terhadap Khalid. Lembaga tersebut diminta bersidang dalam tempoh tidak melebihi satu bulan bagi mengkaji, menyiasat aduan dan mendengar penjelasan Zulkifli berhubung tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid berhubung isu penggunaan kalimah Allah. Zulkifli mendakwa Khalid telah menghina Sultan Selangor, umat Islam dan Dewan Undangan Negeri. Lembaga disiplin terikat kepada keputusan yang berupa amaran, menggantung keahlian dan memecat keanggotaan.
This entry was posted
on Wednesday, January 27, 2010
and is filed under
Politik
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Online Map
P94 Hulu Selangor

HARAKAHDAILY
Tranungkite Online
Malaysiakini
terengganu lening
global
macam-macam
Video Channels
-
-
-
BICARA 2 MUROBBI7 years ago
-
-
-
Ilmu Sesat - Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat13 years ago
-
bros15 years ago
-
Blogroll
-
-
-
Artikel Februari 20222 years ago
-
POLITIK WANG DALAM UMNO MEMBARAH7 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN7 years ago
-
-
-
-
Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa9 years ago
-
15 tanda kematian mulia10 years ago
-
-
-
-
Harga Kubah Masjid11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Archives
Link/Laman
Radio & TV
Minda
- Abdul Hadi Awang
- AlHusseyn
- Amin Iskandar
- Anwar Ibrahim
- Azizi Abdullah
- Bakaq
- Dr Mohd Asri
- Dr Siti Mariah
- Dr Zulkifly
- Faisal Tehrani
- Hanipa
- Herman
- Hishamuddin
- Husam Musa
- Ibnu Hasyim
- Idris Ahmad
- Kadir Jasin
- Khalid Samad
- Khalil Idham Lim
- Khir Toyo
- Lufti
- Mahathir
- Mahfuz
- Misbahul Munir
- Nasrudin
- Nik Abdul Aziz
- Nik Nasri
- NikAbduh
- Nobisha
- Raja Petra
- Ramli Abd Halim
- Roslan SMS
- Saiful Islam
- Sayuti Omar
- Sofi Wahab
- Subky
- Tuan Ibrahim
- Wan Ji
- Wfaudzin
- Zaharuddin
- Zaid Ibrahim
- Zainol Abiden
- Zainulfaqar
- Zolkharnain
- Zulkifli Nordin
Categories
- Berita (12)
- GST (7)
- Isu Felda (1)
- Isu Kalimah Allah (144)
- Isu royalti minyak (34)
- Kenyataan Media (6)
- Krisis Perak (16)
- Luar Negara (82)
- Macam-macam ada (54)
- Memali (1)
- P94 Hulu Selangpr (59)
- Pandangan (112)
- Parlimen (12)
- Pedoman (23)
- Politik (803)
- Pulau Pinang (1)
- Sidang Dun Trg (8)
- SodomyII (41)
- Sukan (5)
- Terengganu lening (53)
- Umum (133)
- Useful Info (2)




0 comments