Mahkamah gugur pengharaman buku SIS  

Posted by Kunta-Kinte

KUALA LUMPUR, Jan 25 — Sisters in Islam (SIS) berjaya dalam permohonannya agar digugurkan pengharaman ke atas bukunya ,“Muslim Women and the Challenges of Islamic Extremism”.

Penghakiman diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

SIS, dalam permohonan bagi semakan kehakiman yang difailkan pada 15 Dis tahun lepas, mendakwa pengharaman buku itu adalah di luar bidang kuasa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan menyalahi Artikel 8(2), 10 (1)(a) dan 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Buku itu merupakan susunan esei-esei berdasarkan kajian oleh aktivis dan cendikiawan antarabangsa dan disunting oleh ahli sosiologi Prof Norani Othman dari Institut Pengajian Antarabangsa dan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Buku tersebut diharamkan atas alasan ia cenderung ke arah mengelirukan masyarakat Islam khususnya wanita dan satu percubaan untuk mentafsirkan kenyataan mengenai Islam.-malaysian insider

kk: Semakin lama biarkan Umno dan BN memerintah, semakin rosaklah Islam dan negara....



This entry was posted on Monday, January 25, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments