Bayi Selamat Selepas HidungTercucuk Sepit  

Posted by Kunta-Kinte

Li hanya mengalami sedikit jangkitan kuman selepas pembedahan

SEORANG bayi berumur 14 bulan dari China memang bernasib baik apabila doktor-doktor berjaya menyelamatkannya selepas hidungnya tercucuk sepit lalu tembus sedalam empat milimeter pada bahagian otaknya.

Li Jingchao yang berasal dari wilayah barat Shandong, hanya mengalami sedikit pendarahan serta jangkitan kuman selepas doktor-doktor yang menjalankan pembedahan ke atasnya berjaya mengeluarkan sepit itu.
Kini kanak-kanak itu sedang menjalani rawatan susulan di Hospital Bo Ai, Beijing kerana jangkitan kuman akibat tusukan sepit itu.

Kejadian itu menimpa Li pada 26 Disember tahun lalu apabila kanak-kanak itu sedang bermain dengan beberapa batang sepit sementara ibunya sibuk di dapur mencucui pinggan mangkuk. Sejurus peristiwa malang itu berlaku, ibu bapa Li terpaksa mengharungi perjalanan selama sepuluh jam menaiki kereta ke Hospital Bo Ai, yang terletak di utara Beijing untuk mendapatkan rawatan.

Ini adalah kerana pihak hospital berhampiran tempat kediaman Li tidak memiliki kepakaran teknologi untuk mengeluarkan sepit itu dengan selamat. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pihak Hospital Bo Ai, Li mengalami demam panas dan degupan jantungnya juga tidak ketentuan semasa tiba di hospital itu.

Pada mulanya, doktor pakar bedah otak dan saraf yang bekerja di hospital tersebut khuatir Li akan mengalami pendarahan dalaman teruk jika sepit itu dikeluarkan dan mungkin akan mengakibatkan kelumpuhan atau kematian.

 
Li semakin pulih dan kini sedang menjalani rawatan susulan di sebuah hospital di Beijing


Sementara itu, jurucakap hospital itu, Chen Yawei berkata pakar bedah otak dan saraf di hospital tersebut merupakan orang paling sesuai untuk merawat Li kerana amat berpengalaman dalam menangani kes-kes sedemikian.

“Li dijangka akan keluar dari hospital pada minggu hadapan,” tambahnya.-mStar

This entry was posted on Thursday, January 14, 2010 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments