Kenyataan Musa Hassan, bukti PDRM tak bersungguh jaga ketenteraman  

Posted by Kunta-Kinte

Kenyataan Ketua Polis Negara Musa Hassan bahawa PDRM tidak mempunyai cukup anggota untuk menjaga keselamatan gereja bukti bahawa beliau tidak bersungguh untuk menjaga ketenteraman dan keharmonian negara. Klik disini.

Rakyat Malaysia masih boleh ingat bagaimana anggota polis dikerahkan di seluruh negara bagi menghalang perhimpunan BERSIH pada tahun 2007? Begitu juga ketika perhimpunan Anti ISA tahun lalu dan perhimpunan anti PPSMI. Pihak PDRM mempunyai lebih dari cukup aggota untuk berkawal malahan untuk menangkap kesemua perserta demonstrasi pun mereka mampu.

Akan tetapi, tatkala negara berada dalam keadaan  membimbangkan, Ketua Polis Negara boleh mengatakan bahawa PDRM tidak mempunyai cukup anggota. Bukankah ini boleh dilihat sebagai Ketua Polis Negara memberikan “signal” bahawa PDRM berada dalam keadaan lemah dan tidak mampu menjaga keamanan negara?

Mengapakah PDRM hanya kuat tatkala ingin menghalang demonstrasi yang tidak sehaluan dengan kerajaan BN? Mungkin benar juga andaian Malaysia Today mengenai video dibawah. Lihatlah dan fikirkanlah.




http://www.aminiskandar.com

This entry was posted on Sunday, January 10, 2010 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments