Paderi Danil Raut, presiden Sidang Gereja Injil Borneo (SIB) di semenanjung , telah menolak gesaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom supaya masyarakat Kristian di Malaysia menggugurkan tuntutan penggunaan kalimah 'Allah' sebagaimana saranan Datuk Clarence Bongkos Malakun , agar Herald menarik balik tuntutan itu demi keharmonian dan keselamatan negara.
Beliau juga menempelak kenyataan Bongkos Malukun itu dan mendakwa bahawa Bongkos Malukun bukan mewakili komuniti Kristian.
“Terlalu ramai yang telah menggunakan perkataan tersebut (kalimah ‘Allah’) sebelum Meredeka. Dalam bahasa orang kami , kaum Lunbawang dan Lundayeh, ‘Allah’ bermaksud Tuhan,” katanya.
“Ini tercatit dalam bible Lundayeh , bukan bible Melayu,” katanya lagi. Paderi Richard Samporoh turut bersetuju.
“Saya rasa kenyataannya (Bongkos Malukun) itu kenyataan politik,” kata Samporoh. Dia menekankan bahawa Bongkos Malukun pernah menjadi seorang wakil rakyat dan seorang penganut Kristian, tetapi beliau bukan seorang paderi gereja dan tidak mempunyai autoriti untuk bercakap bagi pihak penganut Kristian.
“Ramai orang termasuk ahli politik keliru terhadap isu sebenar,” kata Samporoh, yang mengetuai Gereja SIB di Shah Alam.
“Kami bukan memohon penggunaan kalimat ‘Allah’. Kami telah menggunakan kalimah itu hampir 300 tahun yang lalu. Kes tersebut dibawa ke mahkamah hanya apabila pihak Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaannya,” katanya.
Samporoh berkata dia telah menjadi paderi lebih 30 tahun dan kontraversi hanya meletus baru-baru ini sahaja, selepas kerajaan pusat melarang gereja Katholik daripada mencetak kalimah ‘Allah’ bagi merujuk Tuhan penganut Kristian dalam akhbar mingguan versi Bahasa Malaysia .
Samporoh serlanjutnya mendakwa, adanya suatu perjanjian antara kerajaan pusat dan pihak gereja pada tahun 1980an dimana penganut Kristian dibenarkan menggunakan kalimah tersebut dalam upacara mereka.
“kami boleh gunakan kalimah ‘Allah’ didalam Bible, tetapi tidak boleh dijual di kedai buku awam,” katanya.
“Saya tidak berapa pasti samada ada satu perjanjian bertulis, tetapi ianya adalah semasa Musa Hitam,” terang Samporoh.

Malaysian insider
This entry was posted
on Tuesday, January 12, 2010
and is filed under
Isu Kalimah Allah,
Politik
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.

0 comments