Insaflah! Kuasa Allah tiada siapa dapat menghalangnya  

Posted by Kunta-Kinte

Pemandangan menyayat hati dan keadaan panik menyelubungi suasana di ibu negara Haiti ini selepas negara ini dilanda gempa bumi kuat, kelmarin.

Mayat bergelimpangan di jalan raya, mangsa cedera terbiar tanpa bantuan dan kawasan sekitar bandar ini dipenuhui bangunan runtuh dan jeritan mangsa cedera meminta pertolongan
Ambulans
yang sibuk membawa penduduk yang cedera semalam terpaksa mengelak mayat yang bergelimpangan di jalan raya dan kumpulan lelaki yang berjalan kaki sambil membawa mangsa dengan pengusung.

Mangsa yang masih terkejut merayau-rayau dalam keadaan bingung, sesetengahnya melaungkan nama ahli keluarga, berdoa atau meminta pertolongan. Mereka yang mengalami kecederaan duduk di tepi jalan dalam keadaan bingung, menantikan doktor yang belum pasti akan datang.

Helikopter pasukan pencari dan penyelamat berlegar-legar di udara, di atas mayat-mayat mangsa yang terlungkup dalam timbunan runtuhan dan keluli.inta bantuan.

"Beribu-ribu penduduk membanjiri jalan raya sambil menangis dan membawa mayat yang berlumuran darah, mencari sesiapa yang dapat membantu mereka," kata pengarah bahagian perkhidmatan bencana Salvation Army di Haiti, Bob Poff.

Beberapa ribu anggota polis Haiti dan askar pasukan pengaman antarabangsa dikerahkan semalam untuk membersihkan sampah-sarap, mengawal lalu lintas dan menjaga keselamatan. Namun, kemampuan mereka terbatas di tengah kemusnahan meluas itu dan pencuri mengambil kesempatan untuk menggeledah kedai sebelum bersembunyi di kalangan mangsa yang hilang tempat tinggal dan membawa barang milik peribadi mereka.

Penjara utama di ibu negara turut runtuh dan banduan dilaporkan melarikan diri, kata jurucakap agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Elisabeth Byrs di Geneva.- Utusan

This entry was posted on Saturday, January 16, 2010 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments