Hukuman buang sekolah kalau tidak pakai topi keledar?  

Posted by Kunta-Kinte


KA SIONG (tengah) bersama Suret Singh (kiri) dan Kay memakaikan topi keledar kepada tiga orang murid di Gelang Patah, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU - Mana-mana pelajar sekolah yang 'besar kepala' dengan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke sekolah mungkin berhadapan tindakan gantung atau buang sekolah selepas ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan tersebut jika pelajar terbabit masih tidak berubah meskipun beberapa kali diberikan kaunseling termasuk memanggil ibu bapa pelajar terbabit ke sekolah.

"Pemakaian topi keledar amat penting kerana berdasarkan statistik baru-baru ini, 2,000 daripada 6,000 kemalangan maut adalah melibatkan penunggang motosikal.

"Sekiranya pelajar enggan memakai topi keledar, tidak kira di kawasan pedalaman atau bandar, pihak kementerian tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan peraturan itu jika pelajar masih tidak berubah meskipun ibu bapa telah dipanggil dan diberikan kaunseling berkali-kali," katanya.-kosmo

kk: Apa kaitan tak pakai topi keledar sehinggakan nak di buang pelajar tu? tidak kah ianya merosakkan masa depan pelajar itu sendiri hanya dengan melakukan kesalahan tidak memakai topi keledar? Ini kerja polis lah!..seharusnya pihak sekolah perlu bekerjasama dengan polis untuk megatasi masalah tersebut. Kalau TPM tak pakai topi keledar camner?? klik sini...
Nak hukum buang apa??

This entry was posted on Monday, January 18, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments