(Masjid Creath di West Midland yang dibakar dan diroboh oleh segelintir fundamentalis kuffar di Amerika Syarikat baru-baru ini )Salam 2 all.
Kita dikejutkan pagi ini dengan kejadian membaling bom molotov cocktail dibeberapa gereja awal pagi semalam (lihat lapuran dibawah). Saya percaya ini adalah perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab yang sengaja mencari kesempatan di celah-celah kegelisahan umat Islam berkaitan isu kalimah ALLAH yang berlaku baru-baru ini.
Saya telah melawat Gereja Metro Tabernacle Church di Desa Melawati selepas Jumaat tadi dan melihat kesan kebakaran yang agak serius. Menurut kata ketua gereja Pastor Mejar (B) Peter Yeow, kejadian disedari berlaku dalam pukul 12.30 tengah malam tadi bilamana beberapa orang pemuda bermotosikal dilihat membaling molotov cocktail ke arah gereja tersebut yang terletak di celah-celah deretan kedai.
Saya telah meyakinkan pihak penganut Kristian yang ada bahawa ini bukan kerja orang Islam. Kita umat Islam berbangga dengan sejarah kita yang tidak pernah menganggu penganut agama lain, malahan menghormati hak rumah peribadatan mereka.
Kita lihat Rasulullah sendiri berpesan kepada tentera Islam yang pergi berperang supaya jangan ganggu para rahib dan pendita yang sedang beribadat dalam rumah peribadatan mereka. Kita lihat bagaimana kehebatan dan akhlak agung Saidina 'Umar ibnul Khattab yang tidak mengusik synagogue dan gereja di Baitulmaqdis walaupun setelah berjaya dikuasai oleh umat Islam. Kita melihat Sultan Salahauddin Al Ayubi yang menghormati gereja dan salib didalam kawasan Jerusalem walaupun setelah berjaya membuka semula Masjidil Aqsa.
Kita tidak mahu jadi saperti tentera Kristian yang telah membunuh 70,000 umat Islam semasa mereka menawan Masjidil Aqsa dalam perang salib, dan memusnahkan masjid
-masjid. Kita tidak mahu mengikut jejak langkah Kristian Serbia yang bukan sahaja membunuh dan menyembelih puluhan ribu umat Islam Bosnia, malahan meruntuhkan masjid-masjid. Kita jangan jadikan sebagai contoh tentera Kristian Bersekutu Amerika yang menodai kesucian masjid dan musollah di Iraq. Kita lihat umat Islam di Perancis dianiaya kerana memakai purdah. Kita persaksikan menara Masjid-masjid diruntuhkan di Switzerland. Kita mendengar tuntutan supaya perkuburan Islam tidak dibenarkan di German. Dunia terkejut dengan pembunuhan umat Islam oleh rejim tentera Budha Siam yang membunuh umat yang sedang solat di Masjid Krisek, Masjid Al Furqan dan lain-lain di Pattani. Kita lihat umat Hindu membakar dan merobohkan Masjid Islam yang tertua di India. Kita melihat dan mempersaksikan bagaimana dunia barat dan kuffar yang bertindak secara zalim dan tidak bertamaddun terhadap umat Islam dan institusi-institusinya merata dunia sejak dahulu sehingga sekarang. Kita bukan umat yang dididik menjadi begitu, walaupun mereka memperlakukan kita begitu rupa!!Sebab itu saya menyeru kepada semua umat Islam di negara ini supaya bertenang dan tidak mengambil tindakan yang boleh digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk memburukkan keadaan. Kita masih ada ruang untuk meremedi kemungkaran yang berlaku akibat pencemaran kalimah ALLAH oleh kumpulan Kristian Herald ini. Saya berharap Mahkamah Rayuan akan segera mendengar rayuan kes ini. Saya juga menyeru pihak berkuasa Islam dan para Mufti dan ulama' serta ilmuan Islam segera mengadakan pertemuan dan berdialog dengan kumpulan Kristian ini untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi semua pihak, tanpa berkompromi dalam penggunaan kalimah ALLAH oleh mereka yang tidak mengesakan dan mentauhidkan ALLAH.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
This entry was posted
on Saturday, January 09, 2010
and is filed under
Isu Kalimah Allah,
Politik
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.





0 comments