Setelah sekian lamanya, maka akhirnya Badan Disiplin PAS yang diketuai oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sudahpun buat mengumumkan keputusannya. Khalid Samad digantung 6 bulan daripada jawatannya sebagai YDP Shah Alam dan Hasan Ali sekadar diberi amaran bertulis .
Tetapi ; bukankah pada awalnya TGNA telah secara jelas menamakan tiga orang yang perlu diambil tindakan iaitu, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Mustaffa Ali? Tetapi anehnya, ketiga-tiga orang tersebut yang sepatutnya diambil tindakan telah terselamat; entah macam mana, kelincahan permainan silap mata geng UG ini boleh menyebabkan Khalid Samad masuk perangkap lalu tergantung terkapai-kapai!
Apakah permainan silap mata ini benar-benar telah memenuhi hasrat Tuan Guru Nik Aziz dan dan orang-orang PAS yang ramai yang mahu melihat proses pemutihan dalam PAS? Ramai yang tidak berpuas hati.Macam mana mahu berpuas hati ? Pokok persoalan awal mulanya adalah rungutan terhadap tindakan puak UG ; terutamanya terhadap Hasan Ali sendiri gara-garanya menghebahkan rahsia PAS kepada blogger Umno. Saya kira hasrat mahu melihat operasi pemutihan dalam PAS tidak kesampaian.Saya dari mula lagi telah meragui Badan Disiplin ini dan lebih memihak kepada kehendak asal TGNA iaitu supaya diadakan EGM.
TGNA sendiri pernah menyatakan awal dulu lagi ketika minta diadakan EGM : "Tidak boleh jadi ni, kita duk ‘ghok-ghak’ (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana," Amat dikhuatiri,tindakan sebegini tidak akan dapat mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap PAS itu sendiri kerana PAS dilihat telah gagal untuk membersihkan dirinya.
Saya pernah meramalkan bahawa tindakan menghadapkan Selangor kepada JK Disiplin nampaknya sudah tersasar dari tujuan asal gesaan TGNA.Tindakan ini tidak akan mengubah persepsi orang ramai yang mahu melihat perubahan dalam PAS sebagaimana yang telah digesa oleh TGNA dalam blognya tempohari. [klik sini]Maka sindrom ‘ghok-ghak’ seperti yang pernah TGNA sungutkan tempohari itu pasti akan berterusan.Wala’ sheikh! Jangan tak wala’!
http://alhusseyn51.blogspot.com

This entry was posted
on Saturday, January 30, 2010
and is filed under
Politik
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.

0 comments