Harap Najib tidak sembahyang di Batu Caves masa Thaipusam  

Posted by Kunta-Kinte

Oleh: Herman Samsudeen  

Jurucakap dari Pejabat Perdana Menteri, mengesahkan bahawa Najib akan turun ke Batu Caves pada hari Sabtu ini untuk membuat lawatan rasmi sempena sambutan Thaipusam yang diraikan oleh masyarakat Hindu dinegara ini. Lawatan ini jelas merupakan satu strategi Najib bagi meraih kembali sokongan kaum India yang sebelum ini pernah berhimpun ditempat yang sama dibawah kelolaan Hindraf bagi menuntut hak mereka.

Strategi politik atas nama ‘Satu Malaysia’ merupakan projek terbaru Najib untuk memulihkan imej BN. Saya yakin bahawa beliau juga pasti akan membuat janji-janji manis untuk masyarakat India ketika lawatan itu nanti. Itu adalah hak beliau, tetapi jika mahu berkempen atas nama BN maka beliau kena turun dengan jentera BN bukan jentera Kerajaan. Kebelakangan ini Najib telah mempergunakan sepenuhnya jentera Kerajaan dan dana rakyat untuk membuat lawatan politik yang agendanya jelas untuk memulihkan imej BN dan memfitnah Pakatan.

Najib begitu serius untuk mengerakkan Kempen ‘Juara Rakyat’nya, tetapi saya yakin tidak semua rakyat akan terpengaruh. Walaubagaimana pun Pakatan tidak boleh tengok sahaja, gerak kerja untuk mempopularkan Pakatan juga perlu agreasif dilakukan. Dalam lawatan Sabtu ini juga saya berharap agar Najib tidak bersembahyang atau mengikuti upacara keagamaan di Batu Caves. Hatta kalau Najib solat Zohor disitu pun akan jadi isu. Saya yakin Najib tidak akan berbuat begitu.

Tapi yang pasti lawatan Najib ini juga boleh menimbulkan kesangsian kerana ia dilakukan pada hari kaum Hindu meraikan pesta keagamaan mereka. Sebagai seorang Islam, Najib tidak wajar berada disana, apalagi jika niatnya adalah atas sebab Politik. Orang Melayu kata “tidak Manis” dan “tidak kena pada masanya”.

Kalau pergi waktu lain tidak mengapa kalau niatnya untuk melawat rakyat, tapi kalau masa-masa mereka tengah mengerjakan program agama Hindu, pasti akan timbul kekeliruan. Tidak mustahil rakyat asing akan berfikir bahawa Perdana Menteri Malaysia mengamalkan pelbagai Agama. Sebelum ini dilihat Solat Hari Raya di Masjid Negara, kemudian Umrah di Mekah, Kemudian kalung bunga dan tunduk hormat di tugu negara, sekarang Pesta Thaipusam pula.

Mungkin kita orang Malaysia akan faham bahawa dia pergi atas sebab politik bukan pasal agama, tapi bila gambar sudah diambil dan disebarkan, macam-macam tafsiran lain akan timbul….fikir-fikirkan…

This entry was posted on Thursday, January 28, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments