Para ulama parti perkauman mula bersidang. Isu yang mahu dibincangkan adalah, bagaimana hendak berhentikan rusuhan bakar gereja.
“ana berpandangan, kita terpaksa gunakan ISA untuk menyelamatkan keadaan” kata Ustaz Din yang mempengerusikan mesyuarat pada hari itu.
”mana boleh.. nanti, pembangkang kata kita menghalalkan sesuatu yang haram” sampuk Ustaz Mael yang amat terkenal dengan susah datang usrah. kalau datang, selalunya lambat. walau memegang jawatan Ketua tarbiah, tetapi kerja tarbiah semuanya orang lain buat.
”ala... anta tak kan tak tau ana sapa. Ana ni kan menantu ulama. Lagi pun, ana ada master dalam bidang ekonomi Islam.. bukan dari cokiya punya Univerisiti, Univerisiti Kaherah lagii. Ana ada kaedah yang boleh pakai” Ujar Ustaz Din.
”anta nampak macam mana?” soal Ustaz Radhid pula.
“kita pakai kaedah Darurat” balas ustaz Din dengan memek wajah yang meyakinkan.
“boleh ke syaikh?” soal ustaz Rashid
“kenapa tak boleh pula.. ana dah buat dah dulu..” kata Ustaz Din, ”masa tu, ana lawan jawatan Yang DiPertua. Ana guna kaedah ni untuk tangkap Ustaz Azlan untuk burukkan ustaz Walid yang nampak nak lawan ana hari tu” sambung ustaz Din lagi.
Semua ahli mesyuarat mengangguk kagum dengan ulasan Ustaz Din.
”tapi Ustaz Din, mesti ada orang akan bising punya? Dorang bukan tahu pun kaedah darurat yang kita nak pakai ni?” tiba-tiba Ustaz Mael menyampuk.
”apa la anta ni.. kita cakap je la, ini keputusan ulama. Ulama mana boleh dikritik. Mengkritik ulama, bermakna mengkritik Nabi” respon Ustaz Rashid
”betul kata Ustaz Rashid tu” sampuk Ustaz Din. ”haa. Lagipun, Antum jangan bimbang.. ana sendiri akan keluarkan kenyataan itu. rakyat pasti akan terima, sebab bapa mertua ana seorang ulama terkenal” sambung Ustaz Din
”kalau amcam tu, kami serah kepada Ustaz Din je la” kata Ustaz Mael.
Selesai sahaja mesyuarat. Semua para ulama dari parti perkauman negara berkumpul disebuah kerusi di parlimen. Tidak lama kemudian, Ustaz Din pun hadir dengan sehelai kertas. Kertas tersebut, merupakan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Ulama Parti Perkauman Negara.
”assalamualaikum...” Ustaz Din memulakan bicara.
Lampu kamera berkelip-kelip kesilauan.
”saya Ustaz Din yang mempunyai pendidikan sehingga mendapat master dalam ekonomi islam di Univerisi kaherah. Dan saya juga seorang menantu kepada ulama tersohor, telah mempengerusikan mesyuarat ulama parti perkauman negara”
”Dengan ini, kami telah memutuskan bahawa para ulama parti perkauman Negara sebulat suara bersetuju, ISA boleh digunakan jika langkah tersebut mampu membendung menularnya perbuatan menyerang gereja”
”dengan ini, kami menyokong kenyataan Naib presiden parti kami”
Kenyataan rasmi itu dilihat oleh seluruh rakyat negara Pakistan menerusi TV. Tidak semena-mena, seorang ulama dari parti agama berkata, ”habis laa.. agama ini dijual atas nama menantu ulama, pengajian master dalam bidang agama”
Sekian
p/s : cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kaitan dengan mereka yang hidup dan mereka yang telah mati.
Baca sama:
ISa Wajar digunakan (utusan Malaysia)
ISA pilihan terakhir (utusan malaysia)
NGO desak guna ISA (utusan malaysia)
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/





0 comments