MELAKA, Jan 10 – Polis sedang menyiasat perbuatan melempar cat hitam ke dinding sebuah gereja di Durian Daun, kata Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Sallehhudin Abd Rahman. “Kita melihat kes ini secara serius memandangkan ini adalah isu sensitif, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keharmonian di negara ini,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.
Dipetik Bernama, Sallehhudin berkata polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menasihati orang ramai supaya bertenang dengan tidak melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan ketegangan serta melanggar undang-undang negara.
Sambil meminta polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang cuba menggugat keharmonian kaum yang dinikmati selama ini, beliau mahu semua pemilik rumah ibadat menjaga rumah ibadat masing-masing dan dalam masa sama polis membuat pemantauan.
Pagi tadi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata tujuh buah gereja termasuk yang terbaru di Miri, Sarawak, menjadi sasaran cubaan membakar setakat ini.
Beliau berkata selain gereja di Miri, kes terbaru turut membabitkan gereja All Saints dan pos pengawal Sekolah Menengah Convent di Taiping, Perak.
The Malaysian Insider
This entry was posted
on Sunday, January 10, 2010
and is filed under
Isu Kalimah Allah,
Politik
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.





0 comments