Setiausaha Agung Gerakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wong Ruen Yuan mengecam sikap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperlihatkan dirinya mengatasi sistem kahakiman.
Wong Ruen Yuan berkata, biarpun SPRM mahu melaksanakan seksyen dalam akta tersebut, ia hanya wajar kalau diumumkan oleh mahkamah. Walaupun Ketua Pesuruhjaya SPRM mendakwa bahawa penggunaan Seksyen 29(4) adalah untuk berlaku adil kepada semua pihak, namun ia mencungkil kebimbangan seperti berikut seandainya dilaksanakan:-
Pertama, laporan berita oleh media akan disekat;
Kedua, menyekat atau mengurangkan orang awam untuk membuat laporan atau aduan, kerana dibimbangi mengundang kesulitan. Jadi, keadaan rasuah di negara kita akan semakin berleluasa;
Ketiga, penyiasatan SPRM akan menjadi semakin tidak adil dan tidak telus;
Pada hakikatnya, denda RM 100 ribu atau penjara 2 tahun tidak dapat mempertingkatkan kredibiliti SPRM.
Wong Ruen Yuan (gambar kiri) mencadangkan perkara berikut yang perlu diteliti:-Pertama, harus adil tanpa mengira kaum, parti ketika menerima aduan. Kesemuanya harus disiasat tanpa selektif, sama ada kes itu besar atau kecil.
Kedua, kes yang besar seperti skandal PKFZ, kematian Teoh Beng Hock harus disegerakan. Hukuman berat perlu dijatuhkan kepada mereka yang bersalah.
Ketiga, semua kes perlu disiasat sehabis-habisnya, tidak boleh dibiarkan tanpa kesudahan. Keadaan ini akan mengecewakan orang awam.
This entry was posted
on Friday, January 15, 2010
and is filed under
Politik
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.





0 comments