Presiden Afrika Selatan kahwin lagi  

Posted by Kunta-Kinte



GAMBAR fail menunjukkan Zuma bersama dua isterinya, Khumalo (kanan) dan Ntuli (kiri) serta bakal isteri ketiganya Mabhija (dua fari kiri) di Cape Town pada 3 Jun tahun lalu.



JOHANNESBURG - Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma yang terkenal dengan amalan hidup berpoligami akan berkahwin dengan isteri ketiganya di kampung Nkandla hari ini. Sumber ahli keluarga terdekat Presiden itu mengesahkan kepada pihak media bahawa Zuma akan mengahwini isteri ketiganya, Thobeka Mabhija dalam satu upacara tradisi etnik Zulu di wilayah KwaZulu-Nata.

Pada upacara itu, sanak saudara, masyarakat setempat, ahli politik dan pemimpin perniagaan turut dijemput menghadiri majlis tersebut. Zuma, 67, telah bertunang dengan Mabhija berumur 30-an sebagai calon isteri ketiga sejak 2007 dan mereka dilaporkan telah mempunyai anak.

Sebelum ini, Zuma pernah berkahwin dengan Sizakele Khumalo sebagai isteri pertama pada 1973 diikuti dengan Nompumelelo Ntuli-Zuma yang dikahwininya pada awal tahun 2008. Beliau sebelum ini pernah mengahwini Menteri Kebajikan Masyarakat, Nkosazana Dlamini tetapi kemudian bercerai pada 1998.
Seorang lagi isterinya, Kate Mantsho Zuma telah membunuh diri pada 2000. Poligami diamalkan oleh penduduk etnik Zulu di pedalaman.


http://www.kosmo.com.my

This entry was posted on Monday, January 04, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments