F-5E: Ini bukan cerita si kambing hitam  

Posted by Kunta-Kinte

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak perlu Suruhanjaya Diraja kerana beliau berpuas hati dengan tindakan Peguam Negara serta siasatan yang dijalankan setakat ini membabitkan kehilangan enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Kena berpuas hati. Nanti Najib kata melawan tokeh pulak.

Tak pa baguih untuk menyelamatkan tengkok kambing putih. Memang majoriti rakyat berkeyakinan individu-individu itu telah dikambing hitamkan hanya untuk menjaga kepentingan pihak tertentu yang terlibat secara langsung dalam melenyapkan harta negara.

Rata-rata rakyat percaya kalau enjin jet yang besar itu mampu dilenyapkan, tidak mustahil fakta dan bukti yang sekadar di dalam kertas itu juga boleh dihapuskan sebagai mana pihak mereka menghilangkan bukti kemasukkan Altantuya ke Malaysia.

Tempoh siasatan yang lama iaitu hampir satu tahun setengah, menguatkan lagi kesangsian rakyat terhadap penemuan ajaib pihak penyiasatan yang telah sedia diragui itu.

Berbagai-bagai muslihat yang boleh dilakukan dalam tempoh yang lama itu untuk menyelamatkan individu-individu besar dan berkuasa.

Inilah akibatnya apabila kerja-kerja penyiasatan kes-kes berprofil tinggi diserahkan kepada pihak yang telah hilang kredibilitinya.

Sama seperti kes mata lebam DSAI, kes video Lingam, kes kematian Beng Hock, kes Altantuya dan macam-macam lagi yang jelas membuktikan badan penyiasat yang terikat dengan kerajaan tidak mampu menemui penamatnya.


Harakahdaily
 

This entry was posted on Thursday, January 07, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments