
Dua minggu lalu, anak lelaki Osama, Omar bin Laden (gambar sebelah) mendedahkan bahawa ramai adik-beradiknya yang pada mulanya bersama bapa mereka di Afghanistan telah melarikan diri ke Iran.
Anak-anak Osama itu melarikan diri selepas Afghanistan diserang tentera Amerika Syarikat (AS). Mereka kini hidup di sebuah kediaman bertembok yang mempunyai beberapa buah rumah, taman dan kolam renang tetapi dikawal ketat pasukan keselamatan Iran.
Pendedahan itu terbukti benar apabila seorang anak perempuan Osama, Eman bin Laden berjaya memboloskan diri dari kediaman tersebut dan dilaporkan mencari perlindungan di Kedutaan Arab Saudi di Teheran. Pegawai-pegawai Arab Saudi kini sedang berunding dengan pihak berkuasa Iran bagi membenarkan Eman pulang ke Arab Saudi.
Omar turut memberitahu, beliau, isteri serta ibunya telah membuat permohonan visa untuk ke Teheran bagi membantu mempercepatkan proses penghantaran pulang Eman. - AP
This entry was posted
on Friday, January 08, 2010
and is filed under
Luar Negara
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.





0 comments