KUALA LUMPUR, Jan 25 — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ahli Parlimen parti bagi kawasan Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin akan berhadapan dengan tindakan disiplin.
Kata Anwar, wakil rakyat itu sudah melampaui batasan, malah beliau turut kecewa dengan tindakan terbarunya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad.
“Saya sentiasa berikan beliau ruang untuk menyatakan pandangan tetapi bukan selalu saya bersetuju dengannya. “Saya telah menasihatkan beliau agar tidak menyebabkan ketegangan di kalangan rakan kami (Pakatan Rakyat) tetapi beliau telah melepasi batasan,” kata beliau selepas menyampaikan ceramah perdana di Taman Keramat di sini malam tadi.
Anwar mengesahkan beliau telah menulis kepada Zulkifli (gambar) dan mengharapkan penjelasannya sebelum esok. “Saya telah menghantar emel kepada beliau, jadi beliau akan memberikan penjelasan sebab saya mahu merujuk perkara ini kepada jawatankuasa disiplin dan biro politik yang akan mengadakan mesyuarat pada Selasa ini (esok).
“Saya berharap beliau boleh menyediakan jawapannya sebelum itu,” kata Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat. Anwar juga ditanya mengapa Zulkifli tidak pernah dirujuk kepada kepimpinan parti.
“(Kini) saya didesak untuk meminta kepimpinan parti agar mengesyorkan tindakan sesuai terhadap beliau. “Beliau seharusnya datang kepada kami, mengapa tidak anda membawanya kepada kepimpinan parti? Beliau tidak pernah menyampaikan kepada kami,” katanya.
Bagaimanapun Anwar percaya bahawa Zulkifli seharusnya diberikan peluang untuk menjelaskan pendirian beliau. “Saya tidak percaya pada permintaan dipecat sebelum proses yang sewajarnya dan benarkan beliau memberi penjelasan,” katanya.
Petang semalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa pucuk kepimpinan PKR mengambil tindakan disiplin terhadap Zulkifli yang membuat aduan di bawah Akta Hasutan terhadap Khalid. Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Zulkifli tidak sewajarnya membuat aduan polis meminta rakan sejawatannya dari PAS itu disiasat di bawah Akta Hasutan.
“Tindakan YB Zulkifli bertentangan dengan prinsip dan semangat Pakatan Rakyat,” kata beliau sambil menambah tindakannya itu adalah ala Umno.
Zulkifli yang pernah disiasat jawatankuasa disiplin PKR dua tahun lalu berhubung isu lain, kelmarin membuat aduan polis ekoran saranan Khalid agar enakmen agama Islam Selangor disemak atas alasan ia sudah ketinggalan zaman.
Khalid juga berucap pada ceramah perdana malam tadi yang dianjurkan oleh AMK.
This entry was posted
on Monday, January 25, 2010
and is filed under
Isu Kalimah Allah,
Politik
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Online Map
P94 Hulu Selangor

HARAKAHDAILY
Tranungkite Online
Malaysiakini
terengganu lening
global
macam-macam
Video Channels
-
-
-
BICARA 2 MUROBBI7 years ago
-
-
-
Ilmu Sesat - Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat13 years ago
-
bros15 years ago
-
Blogroll
-
-
-
Artikel Februari 20222 years ago
-
POLITIK WANG DALAM UMNO MEMBARAH7 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN7 years ago
-
-
-
-
Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa9 years ago
-
15 tanda kematian mulia10 years ago
-
-
-
-
Harga Kubah Masjid11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Archives
Link/Laman
Radio & TV
Minda
- Abdul Hadi Awang
- AlHusseyn
- Amin Iskandar
- Anwar Ibrahim
- Azizi Abdullah
- Bakaq
- Dr Mohd Asri
- Dr Siti Mariah
- Dr Zulkifly
- Faisal Tehrani
- Hanipa
- Herman
- Hishamuddin
- Husam Musa
- Ibnu Hasyim
- Idris Ahmad
- Kadir Jasin
- Khalid Samad
- Khalil Idham Lim
- Khir Toyo
- Lufti
- Mahathir
- Mahfuz
- Misbahul Munir
- Nasrudin
- Nik Abdul Aziz
- Nik Nasri
- NikAbduh
- Nobisha
- Raja Petra
- Ramli Abd Halim
- Roslan SMS
- Saiful Islam
- Sayuti Omar
- Sofi Wahab
- Subky
- Tuan Ibrahim
- Wan Ji
- Wfaudzin
- Zaharuddin
- Zaid Ibrahim
- Zainol Abiden
- Zainulfaqar
- Zolkharnain
- Zulkifli Nordin
Categories
- Berita (12)
- GST (7)
- Isu Felda (1)
- Isu Kalimah Allah (144)
- Isu royalti minyak (34)
- Kenyataan Media (6)
- Krisis Perak (16)
- Luar Negara (82)
- Macam-macam ada (54)
- Memali (1)
- P94 Hulu Selangpr (59)
- Pandangan (112)
- Parlimen (12)
- Pedoman (23)
- Politik (803)
- Pulau Pinang (1)
- Sidang Dun Trg (8)
- SodomyII (41)
- Sukan (5)
- Terengganu lening (53)
- Umum (133)
- Useful Info (2)




0 comments