Anjing degil menyalak ke balai polis  

Posted by Kunta-Kinte

Oleh: AlHusseyn

Ini tentu kes bengang dan bangang! Kalau tidak masakan beliau menghambur kata-kata lahanat :

“Kelihatan firaun-firaun kecil mula menyalak sana sini menuntut kepala saya dipancung!”

Tetapi siapakah sebenarnya yang sedang menyalak walaupun diarahkan supaya tutup muncungnya?

Saya tidak tahu samada firaun kecil atau firaun besar yang menyalak.Tetapi binatang yang suka menyalak tentulah binatang anjing.Gajah, kerbau malah ular tidak pernah menyalak. Anjing ini mengingkari arahan tuannya supaya jangan menyalak. Dia rasa dirinya lebih cerdik lalu menuntut hak demokrasi untuk terus menyalak! Gong! Gong! Gong! Anjing yang masih terus menyalak walaupun tuannya mengarahkannya supaya diam, tentulah jenis yang tidak gheti bahasa atau degil lagi liar dan perlu didisiplinkan.

Maka dia akan di hadapkan kepada Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dalam masa sebulan lagi, kita semua akan dapat tahu keputusannya. (Jangan jadi macam kes Hasan Ali dan Khalid Samad yang hingga kini masih tidak ketahuan.Khabarnya akan di umumkan pada 9 Februari depan nanti…Nantilah dan nantikan.) Tetapi, jenis spesis yang degil lagi liar ini , walaupun muncungnya dibalut dengan diaper yang tebal berlapis-lapis, masih juga menyalak.Dia menyalak kepada PAS suruh mengambil tindakan seperti yang sama juga ke atas Khalid Samad.

“Adalah tidak adil mengenakan tindakan ini ke atas saya seorang sahaja. PAS juga perlu mengambil tindakan seperti ini ke atas Khalid (Yang Dipertua PAS Shah Alam).  Memang pekak badak sungguh rupanya! Apa perlunya PAS mengambil tindakan keatas Khalid sedangkan Sultan Selangor sendiri , Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj tidak pernah murka keatas isu yang gonggong hingga ke balai polis oleh anjing degil itu.

Malah baginda Sultan menjemput Khalid mengadap dan menitahkan beliau untuk membuat proposal dan jelaskan mengapa perlu rombakan enakmen-enakmen (berkaitan masyarakat) bukan Islam dan Khalid akan membawa pandangan Sultan Selangor kepada pucuk kepimpinan PAS.

This entry was posted on Wednesday, January 27, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments