Anak Datuk terjun tingkat empat
2010
KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan belasan tahun yang juga anak kepada seorang VVIP bergelar Datuk patah kedua-dua kakinya apabila bertindak terjun dari tingkat empat sebuah hotel di Kepong, di sini, kelmarin.
Namun, mangsa terkejut apabila beberapa lelaki dipercayai pengawal peribadinya berjaya mengesan lokasi persembunyiannya itu.
Disebabkan itu, remaja terbabit hilang pertimbangan sebelum terjun melalui tingkap di tingkat empat hotel berkenaan ketika kumpulan pengawal peribadi itu cuba memujuknya.
Menurut sumber, remaja terbabit tetap berkeras untuk tidak pulang ke rumah biarpun dipujuk hampir 20 minit oleh kumpulan pengawal peribadinya itu.
“Remaja terbabit mengugut akan terjun menerusi tingkap sekiranya kumpulan pengawal peribadi itu tidak beredar dari bilik itu. “Namun, sebaik kumpulan pengawal peribadi itu cuba menghampirinya, remaja berkenaan terjun menyebabkan mereka terpinga-pinga. “Tersentak dengan tindakan itu kumpulan pengawal peribadi bergegas turun ke tempat meletak kereta di hotel berkenaan untuk memeriksa keadaan mangsa,” katanya.
Sumber berkata, remaja terbabit bernasib baik kerana terjatuh ke atas sebuah kereta sebelum terpelanting ke jalan. “Jika tidak, dia mungkin mengalami kecederaan yang lebih serius,” katanya.
Difahamkan, remaja itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, untuk menerima rawatan kecemasan.
Sumber berkata, remaja terbabit hanya patah kedua-dua kakinya namun keadaannya dilaporkan stabil.-metro
0 comments