Anak ADUN Sg Tiang maut dilanggar kereta  

Posted by Kunta-Kinte

Kanak-kanak 12 tahun yang maut dirempuh kereta semasa melintas jalan di Jalan Kuala Kedah semalam, adalah anak ADUN Sungai Tiang, Suraya Yaacob.

Syed Arif Syed Afandi Barakhbah merupakan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Perempuan, Alor Star.
Semasa kejadian semalam, identiti kanak-kanak yang dilanggar dan mati di tempat kejadian itu tidak dikenalpasti.

Dalam kejadian pada pukul 8 pagi semalam, sebuah kereta merempuh kanak-kanak itu yang menunggang basikal ketika dia melintas jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah, di Alor Star.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Albukhary di Alor Star pada kira-kira pukul 11 pagi ini. Suraya, yang ditemui di kediamannya di sini enggan memberikan kenyataan atau bercakap dengan pemberita.

Sementara itu, Ketua Trafik Kota Setar DSP Mohd Sham Abdullah berkata pemandu kereta terbabit iaitu seorang wanita berusia 20-an membuat laporan di bahagian Trafik Kota Setar tidak lama selepas kemalangan.

Wanita itu dibebaskan dengan jaminan polis, katanya.

- Bernama

This entry was posted on Sunday, January 24, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments