JAN 11 — Semasa artikel ini ditulis satu lagi gereja di Miri dibakar menjadikan keseluruhan Gereja yang dibakar tujuh semuanya. Satu surau turut diserang dalam insiden terkini provokasi golongan munafiq dan kesefahaman antara agama. Semuanya berlaku atas isu nama Allah.
Jikalaulah benar provokasi ini dibuat oleh golongan yang marah kerana nama Allah secara keputusan mahkamahnya boleh digunakan oleh Majalah Christian Herald, saya amat kecewa kerana perbuatan membakar rumah ibadat orang lain diharamkan oleh Islam di atas prinsip “La Ikraha Fiddin” Tiada Paksaan dalam agama juga bermaksud kita tidak boleh memaksa orang lain untuk meninggalkan rumah ibadatnya apatah lagi membakarnya!
Jika provokasi ini datang dari golongan Munafiq, saya tidak heran kerana mereka memang hidup segar dalam suasana begini malah dari suasana ini mereka mengambil bekalan kekuatannya. Golongan Munafiq dalam isu ini cukup licik dalam menyusun “strategi” supaya orang ramai mengikut tempo yang mereka letakkan untuk mencapai maksud matlamat politik sempit mereka.
Golongan Munafiq ini sememangnya pandai mengatur insiden-insiden bagi “mendramakan” lagi keadaan supaya orang ramai terpanggil untuk ikut serta apa yang mereka inginkan dari persepsi dan pendapat yang menguntungkan kehendak sempit mereka.
Kesemua babak mesti ada jalan ceritanya, walaupun kadang-kadang bertentangan antara satu sama lain tetapi akhirnya akan berakhir dengan matlamat sempit yang membawa mesej drama “Tengok Kamilah Wiranya! Tanpa Kami keadaan akan jadi lebih buruk!”
Agak meragukan apabila hanya dengan isu pengggunaan kalimah Allah oleh satu keputusan mahkamah Tinggi yang belum berakhir perjuangan undang-undangnya, 7 gereja dan satu surau diserang! Lagipun bukankah Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan-peruntukan undang-undang lain yang mampu mengawal suasana yang berlaku hasil dari keputusan Mahkamah Tinggi?
Adanya ancaman ketenteraman awam, adanya melarang sebar agama lain kepada orang Islam, adanya enakmen negeri yang sudahpun melarang penggunaan kalimat Allah kecuali Pulau Pinang, WP dan Sabah Sarawak. Bukankah ini menjadi satu buffer kepada keputusan Mahkamah Tinggi tempoh hari untuk mengelak insiden-insiden yang tidak diingini berlaku?
Golongan Munafiq ini seoalah-olah mendapat satu “kesesuaian irama dan tempo” dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri yang tidak membuat penegasan bahawa mana-mana pihak dilarang berkumpul kerana sensitifnya isu ini dan menjejas ketenteraman awam seperti lazimnya skrip-skrip sebelum ini. Lagi menghairankan ialah “restu” Perdana Menteri “1 Malaysia” yang menganggap tidak ada masalah berkumpul untuk respons kepada isu ini?
Saya tidak boleh menahan daripada menganggap samada PM 1 Malaysia ini mendapat nasihat keselamatan
Dalam kedua-kedua keadaan jika insiden-insiden yang berlaku adalah real dan bukan drama ia melambangkan betapa “teruknya” sikap PM dan Menteri Dalam Negeri yang sudah hilang pertimbangan Keselamatan Awam. Anehnya dalam perhimpunan besar sebelum ini, Menteri KDN dan PM selalu menyebut “memelihara ketenteraman awam” tapi kali ini tiada pula pertimbangan besar ini? Pelik bukan?
Sebab itu saya merasakan isu ini ada nilai-nilai dramanya ditambah dengan efeknya yang canggih supaya golongan politik sempit dan mereka yang sama waktu dengannya dapat meraih “sesuatu” dari insiden-insiden ini.
Samada real atau drama,yang pasti perbuatan membakar rumah Ibadat bukan dari ajaran Islam. Nama Allah melambangkan nama asal Allah, iaitu Ar Rahman Ar Rahim yang menurunkan Keberkahannya kepada semua manusia kerana Dia adalah Rabbul Alamin. Soal manusia “sesat” menyembahNya adalah masalah manusia bukan masalah Islam.
Apakah nama Allah yang Maha Agung dan Tinggi, Al Aliyu Al Azim boleh diwajarkan oleh golongan Munafiq ini untuk membakar gereja dan surau atas nama ini hak! Lupakah kita bahawa mempertahankan hak rumah ibadat masing-masing dalam Al Haj ayat 80 adalah fitrah yang Allah campakkan kerana mahu mempertahankan diri masing-masing.
Apakah jaminan jika Gereja dibakar maka Mesjid akan berasa selamat? Yang pasti Allah menuntut umat Islam memenangkan agamanya dengan Dialog, Dakwah dan Penjelasan lagipun Islam pada keyakinan saya adalah kuat hujahnya pasti Islam akan menang! Namun golongan Munafiq tidak mengetahuinya!
Cukuplah bertindak dengan nama Allah wahai golongan Munafiq, anda hanya akan memburukkan nama Allah Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang, anda adalah seburuk manusia yang memburukkan gambaran Islam kepada orang bukan Islam. Saya yakin perbuatan golongan Munafiq akan hancur dengan perbuatan mereka sendiri!
ALLAH BERSIH DARI SEMUA PERBUATAN KAMU!
This entry was posted
on Monday, January 11, 2010
and is filed under
Isu Kalimah Allah,
Politik
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Online Map
P94 Hulu Selangor

HARAKAHDAILY
Tranungkite Online
Malaysiakini
terengganu lening
global
macam-macam
Video Channels
-
-
-
BICARA 2 MUROBBI7 years ago
-
-
-
Ilmu Sesat - Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat13 years ago
-
bros15 years ago
-
Blogroll
-
-
-
Artikel Februari 20222 years ago
-
POLITIK WANG DALAM UMNO MEMBARAH7 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN7 years ago
-
-
-
-
Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa9 years ago
-
15 tanda kematian mulia10 years ago
-
-
-
-
Harga Kubah Masjid11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Archives
Link/Laman
Radio & TV
Minda
- Abdul Hadi Awang
- AlHusseyn
- Amin Iskandar
- Anwar Ibrahim
- Azizi Abdullah
- Bakaq
- Dr Mohd Asri
- Dr Siti Mariah
- Dr Zulkifly
- Faisal Tehrani
- Hanipa
- Herman
- Hishamuddin
- Husam Musa
- Ibnu Hasyim
- Idris Ahmad
- Kadir Jasin
- Khalid Samad
- Khalil Idham Lim
- Khir Toyo
- Lufti
- Mahathir
- Mahfuz
- Misbahul Munir
- Nasrudin
- Nik Abdul Aziz
- Nik Nasri
- NikAbduh
- Nobisha
- Raja Petra
- Ramli Abd Halim
- Roslan SMS
- Saiful Islam
- Sayuti Omar
- Sofi Wahab
- Subky
- Tuan Ibrahim
- Wan Ji
- Wfaudzin
- Zaharuddin
- Zaid Ibrahim
- Zainol Abiden
- Zainulfaqar
- Zolkharnain
- Zulkifli Nordin
Categories
- Berita (12)
- GST (7)
- Isu Felda (1)
- Isu Kalimah Allah (144)
- Isu royalti minyak (34)
- Kenyataan Media (6)
- Krisis Perak (16)
- Luar Negara (82)
- Macam-macam ada (54)
- Memali (1)
- P94 Hulu Selangpr (59)
- Pandangan (112)
- Parlimen (12)
- Pedoman (23)
- Politik (803)
- Pulau Pinang (1)
- Sidang Dun Trg (8)
- SodomyII (41)
- Sukan (5)
- Terengganu lening (53)
- Umum (133)
- Useful Info (2)




0 comments