KUALA LUMPUR, 6 Dis: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelihatan mengakui kebenaran maklumat yang didedahkan oleh pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand apabila membuat laporan polis mengenai perkara itu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Abu Kassim Mohamed perlu tampil untuk membersihkan nama suruhanjaya yang diterajuinya yang dilihat terlibat dengan pembunuhan berikutan tindakan pegawai-pegawainyanya membuat laporan polis itu," kata beliau ketika mengalu-alukan perlantikan Abu Kassim.
Isnin lalu, Abu Kassim mengangkat sumpah sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang memendekkan kontrak perkhidmatannya daripada 25 Mei ini kepada 31 Disember lalu.
"Abu Kassim bertanggungjawab membersihkan nama SPRM. Jika tidak, beliau dilihat memimpin suruhanjaya pencegahan rasuah yang dikaitkan dengan pembunuhan Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock," katanya.
Dua pegawai SPRM baru-baru ini membuat dua laporan polis masing-masing terhadap akhbar Suara Keadilan dan Dr Pornthip.
Menurut kedua-dua pegawai itu, laporan polis terhadap Dr Pornthip dibuat kerana mengesyaki pakar tersebut telah membocorkan maklumat laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya dan disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan.
"Kenyataan dua pegawai itu yang menyatakan Dr Pornthip disyaki membocorkan maklumat laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya itu akhirnya dilihat sebagai tindakan mengesahkan kebenaran maklumat yang dibocorkan itu.
"Menurut laporan, apa yang disebut sebagai maklumat yang tidak sepatutnya dibocorkan oleh pakar patologi itu ialah rumusan bahawa Teoh mati dibunuh," kata beliau.
Menurut Suara Keadilan, sumber-sumber Kementerian Kesihatan mendedahkan bahawa Pornthip membuat rumusan itu setelah hadir sama pada bedah siasatan kedua mendiang Teoh pada 22 Novermber lalu di Hospital Sungai Buloh.
Mahfuz meminta SPRM menghentikan tindakan-tindakan yang menyebabkan ia dianggap mengesahkan penglibatannya dalam pembunuhan Teoh yang dijumpai mayatnya di perkarangan ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam Julai tahun lalu.
"Abu Kassim sebagai peneraju SPRM yang baru perlu sedar bahawa tindakan itu memburukkan lagi pandangan dunia terhadap suruhanjaya yang dipimpinnya.
"Jika SPRM dianggap terlibat dalam pembunuhan, dunia pasti memandang ia tidak mempunyai walau sedikitpun kredibiliti untuk mencegah rasuah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz menambah, kemusnahan kredibiliti SPRM boleh menyebabkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) semakin merudum. Kedudukan Malaysia pada tahun 2009 terus menjunam ke bawah dalam CPI kepada kedudukan ke 56 berbanding kedudukan ke 47 pada tahun 2008.
Malaysia juga memperolehi mata terendah dalam 15 tahun iaitu 4.5 sahaja. Sejak Malaysia terlibat dengan kajian Transparency International itu, kedudukannya terus merudum. Kali pertama Malaysia disenaraikan pada tahun 1995, ia berada pada kedudukan ke 23. Mahfuz menyifatkan kedudukan Malaysia yang terus merudum dalam CPI itu sebagai bukti "kegagalan besar" SPRM.
Harakahdaily
This entry was posted
on Thursday, January 07, 2010
and is filed under
Politik
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Online Map
P94 Hulu Selangor

HARAKAHDAILY
Tranungkite Online
Malaysiakini
terengganu lening
global
macam-macam
Video Channels
-
-
-
BICARA 2 MUROBBI7 years ago
-
-
-
Ilmu Sesat - Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat13 years ago
-
bros15 years ago
-
Blogroll
-
-
-
Artikel Februari 20222 years ago
-
POLITIK WANG DALAM UMNO MEMBARAH7 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN7 years ago
-
-
-
-
Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa9 years ago
-
15 tanda kematian mulia10 years ago
-
-
-
-
Harga Kubah Masjid11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Archives
Link/Laman
Radio & TV
Minda
- Abdul Hadi Awang
- AlHusseyn
- Amin Iskandar
- Anwar Ibrahim
- Azizi Abdullah
- Bakaq
- Dr Mohd Asri
- Dr Siti Mariah
- Dr Zulkifly
- Faisal Tehrani
- Hanipa
- Herman
- Hishamuddin
- Husam Musa
- Ibnu Hasyim
- Idris Ahmad
- Kadir Jasin
- Khalid Samad
- Khalil Idham Lim
- Khir Toyo
- Lufti
- Mahathir
- Mahfuz
- Misbahul Munir
- Nasrudin
- Nik Abdul Aziz
- Nik Nasri
- NikAbduh
- Nobisha
- Raja Petra
- Ramli Abd Halim
- Roslan SMS
- Saiful Islam
- Sayuti Omar
- Sofi Wahab
- Subky
- Tuan Ibrahim
- Wan Ji
- Wfaudzin
- Zaharuddin
- Zaid Ibrahim
- Zainol Abiden
- Zainulfaqar
- Zolkharnain
- Zulkifli Nordin
Categories
- Berita (12)
- GST (7)
- Isu Felda (1)
- Isu Kalimah Allah (144)
- Isu royalti minyak (34)
- Kenyataan Media (6)
- Krisis Perak (16)
- Luar Negara (82)
- Macam-macam ada (54)
- Memali (1)
- P94 Hulu Selangpr (59)
- Pandangan (112)
- Parlimen (12)
- Pedoman (23)
- Politik (803)
- Pulau Pinang (1)
- Sidang Dun Trg (8)
- SodomyII (41)
- Sukan (5)
- Terengganu lening (53)
- Umum (133)
- Useful Info (2)




0 comments