Yu harimau serang posmen di PD?  

Posted by Kunta-Kinte
January 20,
2010


YU Harimau

KUALA LUMPUR - Mungkinkah posmen, Mohamad Helme Leman, 25, digigit oleh spesies ikan yu harimau semasa bermandi-manda di pantai peranginan Port Dickson, pada 2 Januari lalu?

Persoalan itu dicetuskan oleh seorang pakar marin dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Zulfigar Yassin yang tertarik dengan pendedahan Kosmo! mengenai ujian 'pemadanan' pelbagai jenis rahang ikan yu dan kesan gigitannya terhadap mangsa.

Ia sekali gus mencabar kesimpulan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Wan Muhammad Aznan Abdullah kelmarin bahawa Mohamad Helme bukan mangsa ikan yu tetapi haiwan lain yang belum diketahui.-kosmo

This entry was posted on Wednesday, January 20, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments