Tembok sekolah condong  

Posted by Kunta-Kinte

April 26, 2010 — Bagai retak menanti belah, begitulah yang boleh digambarkan pada struktur tembok bangunan Sekolah Kebangsaan Satu Sultan Alam Shah, Petaling Jaya yang condong sekali gus mengundang bahaya kepada guru serta 500 pelajar sesi pagi dan petang. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sek Keb Satu Sultan Alam Shah, Ahmad Azlan Abd Aziz berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi disedari oleh dua orang pengawal keselamatan yang bertugas kemudiannya memberitahu pihak sekolah pada 10 April lalu. Menurutnya, susulan itu, pihak sekolah telah memaklumkan termasuk menyerahkan surat dan faksimili kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),Petaling Utama untuk mendapat bantuan. Beberapa hari selepas itu, kelihatan dua orang pegawai PPD menyiasat dan pihak sekolah memberikan laporan terperinci kepada mereka berhubung struktur tembok yang hampir runtuh untuk makluman Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Selangor.


This entry was posted on Tuesday, April 27, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments