Pilihanraya PBT: SPR jangan terikat pendirian Najib
2010
KUALA LUMPUR, 17 Mac: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diingatkan agar tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak dalam membuat keputusan berhubung pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang disyorkan oleh kerajaan negeri, Pulau Pinang dan Selangor. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof perlu membuktikan suruhanjaya itu benar-benar bebas termasuk tidak terpengaruh dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof perlu membuktikan bahawa SPR benar-benar bebas, tidak dipengaruhi oleh seorang Perdana Menteri,” jelasnya pada sidang media di lobi parlimen hari ini. Abdul Aziz semalam mengumumkan SPR akan membuat keputusan berhubung perkara itu minggu depan.....baca seterusnya
0 comments