Kerajaan Perlu Siasat Bagaimana Rakaman Dipenjara Boleh Tersebar  

Posted by Kunta-Kinte
March 09,
2010

Atas alasan mahu kebenaran terserlah, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis sekali gus mendesak kerajaan menyiasat penyebaran rakaman cakera padat video (VCD) yang memaparkan aktiviti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di penjara pada 2001. Rakaman yang disertakan tarikh dan masa seperti direkodkan kamera litar tertutup (CCTV) itu didakwa pertubuhan yang menggelarkan diri mereka Gerakan Anti Liwat, diedarkan dari rumah ke rumah dipercayai sekitar Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Pengasasnya, Mohd Arshad Ishak, 26, berkata dia menerima VCD bertajuk ‘Sandiwara Anwar: Sebab-Sebab MP PKR Keluar Parti’ itu diletakkan dalam peti surat rumahnya pada 6 Mac lalu yang menunjukkan kegiatan Anwar ketika ditempatkan di Penjara Sungai Buloh, dan dibandingkan ketika beliau di sebuah kawasan perkuburan. “Rakaman ini bukan kali pertama saya tengok kerana sebelum ini pernah disiar di laman web dan ‘YouTube’, cuma pertama kali saksikannya dalam bentuk VCD yang menunjukkan dia tak mampu berjalan sendiri. baca lagi...


This entry was posted on Tuesday, March 09, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments