Pengarah JAWI Didakwa Lengahkan Kes Qazaf Saiful  

Posted by Kunta-Kinte
February 17,
2010

Suara Keadilan

KUALA LUMPUR 17 Februari - Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Mohd Shukor Sabudin hari ini menetapkan 10 Mac bagi mendengar hujah bantahan awal pihak responden dan permohonan Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas qazaf atau tuduhan palsu berhubung kes fitnah yang dihadapinya.

Tiga responden yang dinamakan dalam permohonannya ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali, Ketua Pendakwa Syarie Shamsuddin Hussain dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom.

Anwar tiba jam 9:20 pagi diwakili lima peguam yang diketuai oleh Kamar Ainiah Kamaruzaman manakala responden tersebut diwakili tiga peguam termasuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Anwar yang berhadapan dengan tuduhan jahat Mohd Saiful pada 26 Jun 2008 menfailkan permohonan qazaf pada 9 Julai 2008 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terhadap bekas pembantu beliau itu yang didakwa menbuat tuduhan palsu.

Ketua Pembangkang juga hairan dengan sikap Datuk Jamil Khir, atas arahan Umno, untuk meminta Mahkamah Syariah tidak membicarakan isu qazaf ini dengan alasan bukan bidang kuasa.

"Kita mahu memperkukuh mahkamah syariah, Menteri Agama atau ketua agama Umno minta bidang kuasa mahkamah disempitkan, itu adalah perkara yang serius. Adakah urusan mahkamah syariah untuk membincangkan kes nikah cerai ataupun khalwat sahaja. Di sebabkan saya yang membuat bantahan maka ia nak disekat agar mahkamah tidak membuat perbicaraan".

"Penglibatan Pengarah Jabatan Agama, Che Mat Ali yang disebut dalam afidivit Ustaz Ramlang Porigi terlibat dalam usaha memberi arahan berhubung sumpah, keadaan ini menyukarkan untuk mendapat proses keadilan,"katanya.

Beliau berharap mahkamah syariah ini dapat dibersih dari segala elemen yang boleh merosakkan imej institusi berkenaan seperti menyekat bidang kuasa dan institusi berkenaan tidak perlu patuh kepada arahan pihak tertentu seperti Umno.


This entry was posted on Wednesday, February 17, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments