Tidak dibenar bahas usul, MP Pakatan keluar dewan  

Posted by Kunta-Kinte

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Ahli parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan hari ini selepas tidak dibenarkan membahaskan usul yang dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membentangkan usul mengarahkan ketua polis negara supaya memastikan jalan dan laluan ke Parlimen dibuka sepanjang masa tanpa sebarang halangan kepada ahli parlimen. Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar kemudian bangun dan meminta usul tersebut dibahaskan kerana mendakwa berlaku kekeliruan berhubung status jawatan ketua polis negara yang didakwa akan berlaku perubahan dalam masa terdekat. Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ronald Kiandee bagaimanapun kemudiannya meluluskan usul tersebut selepas mendapat sokongan majoriti sewaktu pengundian lisan, tanpa membukanya untuk dibahaskan. Di luar dewan, Ahli Parlimen Pakatan mengadakan satu sidang media berhubung perkara itu....baca seterusnya


This entry was posted on Tuesday, March 16, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments