Petronas Entiti Haram Jika PDA Tidak Sah  

Posted by Kunta-Kinte

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) di Putrajaya semakin tersepit dengan isu royalti minyak mereka nafikan keatas negeri Terengganu dan Kelantan. Satu demi satu ‘tembelang’ Umno tentang hak Terengganu dan Kelantan menerima 5% bayaran royalti ‘pecah’, dan kini rakyat sudah tahu pembohongan Umno. ”Tengoklah duit royalti tu, belit bukan main….. mula boleh, masa PAS perintah (Terengganu) kena tarik, hari ni tak boleh (royalti), boleh wang ehsan,”kata Exco Kerajaan negeri Kelantan, Dato’ Nik Mohd Amar Nik Abdullah ketika berucap dalam satu majlis penerangan di Dungun, semalam. Dato; Nik Mohd Amar Nik Abdullah juga berkata, ada seorang professor di universiti mengatakan Akta Pembangunan Petroliam (PDA) adalah tidak sah, kerana ada ordinan darurat. Sekiranya diterima begitu, Petronas adalah tidak sah dan haram kerana Petronas ditubuhkan dibawah akta PDA.


This entry was posted on Wednesday, March 17, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments