Patologi: Teoh tak diliwat, cedera dubur akibat jatuh  

Posted by Kunta-Kinte
March 10,
2010

Inkues bagi menyiasat punca kematian pegawai politik kepada seorang exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock bersambung semula pada jam 10 pagi ini. Perbicaraan bermula dengan ketua pendakwa dan bahagian perundangan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Musa menyoal Dr Shahidan Md Noor. Dr Shahidan adalah ahli patologi yang melakukan bedah siasat kedua pada 22 Nov lalu. Beliau sebelum ini ketika disoal siasat peguam pada 1 Mac lalu berkata ada kemungkinan Teoh dipukul atau dijerut sebelum jatuh. Menjawab soalan hari ini daripada Abdul Razak, Shahidan berkata walaupun ada kesan tekanan pada leher, namun lebam kebiruan pada bibir dan kuku, serta bintik-bintik merah pada muka tidak ditemui bagi mencadangkan bahawa mangsa dibunuh. "Terdapat kesan lebam di leher tetapi tidak ada kesan asphyxia. "Mungkin terdapat tekanan yang digunakan (di bahagian leher). Bagaimanapun bintik-bintik merah itu di leher tidak menyebabkan kematian Teoh.” Shahidan juga berkata kecederaan di kawasan dubur Teoh bukan akibat diliwat tetapi konsisten dengan kecederaan akibat terjatuh. "Kawasan tulang pinggul retak sebelum patah semasa dia jatuh dan akibat itu ia tertusuk di belakang."... baca lagi


This entry was posted on Wednesday, March 10, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments