Pak Su Li, isteri dan anak disemadikan dalam satu liang
2010
Pengkalan Berangan, MARANG – PAS mengucapkan takziah atas ‘pemergian’ Allahyarham Ghazali Mohd, 63, dikenali ramai sebagai ‘Pak Su Li’, seorang aktivis dan ‘orang lama’ yang menggerakkan PAS Kawasan Marang, bermula sejak tahun 60-an lagi. Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan takziah tersebut ketika menziarahi keluarganya di sini, hari ini, Khamis, 11 Mac. ”Kita (PAS) ucapkan takziah kepada keluarganya, beliau adalah bekas Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan (Marang) sejak tahun 60-an lagi,”ujar beliau ketika ditemui selepas mengimamkan solat jenazah di Masjid Kampung Temala, disini. Allahyarham Ghazali Mohd sekeluarga mengalami kemalangan apabila kenderaan pelbagai guna Toyota Avanza yang dipandunya bertembung dengan treler di Kilometer 18, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang, dekat Kampung Binjai Rendah, Marang, semalam, Rabu 10 Mac..baca selanjutnya disini
0 comments