SHAH ALAM, 5 Mac — Tan Sri Khalid Ibrahim buat kali pertama mengakui beliau hampir-hampir meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor — tidak sampai setahun dilantik mengetuai kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat — gara-gara tuduhan terlibat dalam rasuah awal tahun lalu. Khalid, Pengerusi PKR Selangor, disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan isu sumbangan lembu korban bernilai kira-kira RM110,000 dan penyelenggaraan kereta peribadi atas kos kerajaan negeri, tetapi telah diisytiharkan bersih bulan lalu. Ketika ditanya tentang detik paling pahit selaku Menteri Besar Selangor sepanjang dua tahun lalu, Khalid berkata beliau telah diminta oleh isterinya Puan Sri Salbiah Tunut supaya meninggalkan sahaja kepimpinan kerajaan negeri dengan mengeluarkan sejumlah wang daripada simpinan mereka untuk didermakan kepada parti, dipercayai sebagai “pampasan” peribadi mereka.
“Disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan isu lembu (untuk korban Hari Raya Aidiladha) dan penyelenggaraan kereta... saya sendiri pun tidak tengok lembu. “Saya datang untuk memberi khidmat kepada masyarakat tetapi berhadapan dengan dakwaan macam ini...” kata beliau yang menyifatkan ia sebagai detik yang paling menyedihkan dalam hidupnya. Khalid memberitahu beliau hampir mengambil tindakan itu apabila akhbar New Straits Times menyiarkan laporan muka depan dengan gambar mendakwa terlibat dalam amalan rasuah. “Di sini saya berada membuat khidmat sosial, saya rasa tak sepatutnya berurusan dengan perkara macam ini,” kata Khalid sambil menambah, akhirnya membuat keputusan bahawa tidak wajar berbuat demikian kerana tidak membuat apa-apa kesalahan. “... tetapi saya tidak buat salah, jadi tidak perlu melarikan,” kata beliau. “Dengan memberikan khidmat kepada komuniti saya bertahun-tahun lamanya, saya tidak wajar dilayan dengan perkara ini... sangat ‘nasty’, sangat, hendak mahu mengambil deposit... kemudian kami menghadapinya,” kata beliau yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Kumpulan Guthrie. Difahamkan ini kali pertama beliau disiasat oleh SPRM. Tokoh korporat yang menyertai bidang politik bertanding sebagai calon kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri, dan menang kedua-duanya. Pada 3 Feb 2009, Gerakan Anti Korupsi (Gerak) membuat laporan kepada SPRM Selangor berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan yang didakwa melibatkan Khalid. Laporan itu meminta SPRM menyiasat berkaitan amalan Menteri Besar menggunakan wang awam untuk membiayai kos penyelenggaraan dan pembelian aksesori serta alat ganti kereta milik peribadinya. Gerak juga menyerahkan enam keping dokumen kepada SPRM termasuk invois dan resit penyelenggaraan kereta jenis Lexus nombor pendaftaran WQR779 milik Khalid.
Gerak mendakwa bahan bukti yang diterima pihaknya menunjukkan kerajaan negeri telah membelanjakan sejumlah RM7,797 bagi membiayai kos penyelenggaraan kereta Khalid itu secara berkala, alat ganti termasuk tayar berjenama Michelin dan pemasangan cermin gelap. Ia membuat laporan kepada SPRM terhadap Khalid atas dakwaan menyalahgunakan dana syarikat kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu dengan harga RM110,400 untuk ibadah korban sempena Aidiladha pada Disember 2008 untuk diagihkan ke kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakilinya. Mengenai serangan Umno-BN terhadap dirinya dan kerajaan negeri, Khalid mengakui beliau berhadapan dengan serangan bertubi-tubi yang pedas sepanjang tahun pertama memimpin kerajaan negeri. Bagaimanapun kata beliau, serangan itu berkurangan sepanjang tahun kedua. “Tahun pertama memang serangan panas, tetapi tahun kedua mereka sudah memindahkan tembakan ke arah orang lain,” katanya. Mengenai amalan rasuah, Khalid memberitahu beliau berpendapat bahawa ia hanya boleh diminimumkan menerusi pentadbiran yang efektif dan telus. “Sepanjang enam bulan pertama, mereka (kakitangan awam) memerhatikan sama ada kami ada tabiat yang sama seperti pentadbiran BN. “Itu sebanya mereka melihat pada (isu) lembu... saya telah mengingatkan kakitangan saya bahawa kita tinggal di rumah kaca dan setiap orang akan membuat pemeriksaan terhadap kita,” katanya. Bagaimanapun Khalid menegaskan, beliau tidak boleh mengatakan tiada amalan rasuah langsung tetapi berharap ia boleh diatasi dengan menyemai budaya baru. Ketika ditanya sama ada terdapat sebarang perangkaan bagi menunjukkan perubahan yang dimaksudkan, Khalid berkata: “Saya tiada angka.” “Bagaimanapun bilangan pegawai SPRM di Selangor jauh lebih ramai berbanding negeri-negeri bukan pimpinan PR,” kata beliau menggambarkan pemerhatian yang ditumpukan ke atas negeri Selangor.
This entry was posted
on Sunday, March 07, 2010
and is filed under
Politik
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Online Map
P94 Hulu Selangor

HARAKAHDAILY
Tranungkite Online
Malaysiakini
terengganu lening
global
macam-macam
Video Channels
-
-
-
BICARA 2 MUROBBI7 years ago
-
-
-
Ilmu Sesat - Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat12 years ago
-
bros14 years ago
-
Blogroll
-
-
-
Artikel Februari 20222 years ago
-
POLITIK WANG DALAM UMNO MEMBARAH6 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 years ago
-
-
-
-
Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa8 years ago
-
15 tanda kematian mulia9 years ago
-
-
-
-
Harga Kubah Masjid10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Archives
Link/Laman
Radio & TV
Minda
- Abdul Hadi Awang
- AlHusseyn
- Amin Iskandar
- Anwar Ibrahim
- Azizi Abdullah
- Bakaq
- Dr Mohd Asri
- Dr Siti Mariah
- Dr Zulkifly
- Faisal Tehrani
- Hanipa
- Herman
- Hishamuddin
- Husam Musa
- Ibnu Hasyim
- Idris Ahmad
- Kadir Jasin
- Khalid Samad
- Khalil Idham Lim
- Khir Toyo
- Lufti
- Mahathir
- Mahfuz
- Misbahul Munir
- Nasrudin
- Nik Abdul Aziz
- Nik Nasri
- NikAbduh
- Nobisha
- Raja Petra
- Ramli Abd Halim
- Roslan SMS
- Saiful Islam
- Sayuti Omar
- Sofi Wahab
- Subky
- Tuan Ibrahim
- Wan Ji
- Wfaudzin
- Zaharuddin
- Zaid Ibrahim
- Zainol Abiden
- Zainulfaqar
- Zolkharnain
- Zulkifli Nordin
Categories
- Berita (12)
- GST (7)
- Isu Felda (1)
- Isu Kalimah Allah (144)
- Isu royalti minyak (34)
- Kenyataan Media (6)
- Krisis Perak (16)
- Luar Negara (82)
- Macam-macam ada (54)
- Memali (1)
- P94 Hulu Selangpr (59)
- Pandangan (112)
- Parlimen (12)
- Pedoman (23)
- Politik (803)
- Pulau Pinang (1)
- Sidang Dun Trg (8)
- SodomyII (41)
- Sukan (5)
- Terengganu lening (53)
- Umum (133)
- Useful Info (2)
0 comments