Ibu Restui Damien VE Peluk Islam  

Posted by Kunta-Kinte

KUALA LUMPUR, 23 OKT 2008: Dalam diam-diam, anggota kumpulan VE, iaitu Damien, kini sudah pun memeluk agama Islam. Difahamkan, beliau menjadi saudara baru sejak 2 bulan lalu. Pun begitu, ketika dihubungi oleh murai.com.my hari ini, Damien masih belum bersedia untuk memberi tahu nama muslimnya walaupun mengakui hakikat dia sudah menjadi seorang saudara baru.

Apa yang menarik, Damien berkata, dia berjaya berpuasa penuh selama sebulan pada Ramadan lalu selain kali pertama menyambut Syawal. "Alhamdulillah, saya dapat puasa penuh tahun ini. Pun begitu, saya hanya menyambut raya bersama ibu saya memandangkan kawan-kawan muslim lain pulang ke kampung," ujarnya. Menceritakan tentang penghijrahan terbesar dalam hidupnya itu, Damien akui keluarganya berfikiran terbuka dan menerima keputusan itu dengan tenang. "Saya bersyukur sangat-sangat kerana ibu saya menerima keputusan ini. Malah, ibulah yang menjadi insan pertama mengetahui berita gembira ini. Walaupun dia bukan muslimah, dialah yang melahirkan saya ke dunia ini," jelas Damien lagi. Difahamkan, keputusan Damien ini bukanlah sesuatu yang luar jangkaan rakan-rakannya memandangkan dia sudah lama menunjukkan minat untuk mengetahui lebih mendalam tentang Islam. Penghijrahan ini juga mengikuti jejak langkah ayahnya yang lebih dulu memeluk Islam. Sebelum Damien menjadi saudara baru, dia berjumpa ayahnya untuk menerima nasihat. Ketika itu, murai.com.my mendapat info bahawa ayahnya mencadangkan Damien menggunakan nama Muhammad Arief Bin Abdullah. Namun, seperti yang diberitahu lebih awal, Damien sendiri akan memaklumkan nama Islamnya dalam masa terdekat. Dalam perkembangan lain murai.com.my difahamkan Damien sudah pun berpunya dan buah hatinya itu seorang gadis Melayu hanya dikenali dengan nama Nadia. Jika tiada aral, mereka akan bernikah tahun depan.


This entry was posted on Tuesday, March 02, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments