KUANTAN, Feb 14 — Seorang lelaki sanggup berlakon diserang penyakit sawan dengan mengeluarkan air liurnya bagi mengelakkan dia dicekup anggota Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana berkhalwat dengan pasangannya di dalam sebuah bilik hotel dalam Operasi Valentine di sini, pagi tadi.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Bahagian Penguatkuasaan JAIP, Ahmad Rafflie Ab Malik berkata sebelum itu pihaknya terpaksa meminta kerjasama daripada pihak polis kerana keengganan pasangan itu membuka pintu bilik hotel tersebut.
“Kedegilan mereka itu menyebabkan anggota kita terpaksa meminta bantuan pihak polis untuk mengopak pintu bilik berkenaan dan setelah mencuba beberapa kali akhirnya polis berjaya mengopak pintu itu menggunakan beberapa peralatan termasuk kuku kambing,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut beliau sebaik saja pintu berjaya dibuka seorang lelaki yang merupakan anggota tentera berusia 28 tahun, berpura-pura diserang penyakit sawan dalam keadaan separuh sedar sambil mengeluarkan air liurnya bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
“Ketika dicekup, lelaki yang juga suami orang terbabit berbaring atas lantai sambil berlakon seolah-olah terkena sawan manakala pasangannya yang berumur 30 tahun itu menyorok di bawah katil sambil menangis,” katanya.
Menurutnya wanita yang berasal dari Pekan itu juga merupakan isteri orang di mana dia diikat jamin oleh suaminya yang sebelumnya berang dan mengamuk di pejabat JAIP di sini.
Ahmad Rafflie berkata serbuan yang bermula pukul 6 hingga 9 pagi tadi di beberapa buah hotel di sini, pihaknya merekodkan sebanyak 46 kes melibatkan kes khalwat, minum arak dan mendedahkan anggota tubuh di khalayak ramai yang membabitkan pesalah berumur antara 16 hingga 40 tahun.
Menurut beliau kesemua mereka yang ditahan berkhalwat akan didakwa mengikut Seksyen 145 (1) & (2) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 87) dan sabit kesalahan didenda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan meminum arak pula katanya, mereka ditahan di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan
1987) dan sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara dan enam sebatan.
Kesalahan mendedahkan tubuh di khalayak ramai akan didakwa mengikut Seksyen 183 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 1987) dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali, katanya. — Bernama
This entry was posted
on Sunday, February 14, 2010
and is filed under
Macam-macam ada,
Umum
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Online Map
P94 Hulu Selangor

HARAKAHDAILY
Tranungkite Online
Malaysiakini
terengganu lening
global
macam-macam
Video Channels
-
-
-
BICARA 2 MUROBBI7 years ago
-
-
-
Ilmu Sesat - Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat12 years ago
-
bros14 years ago
-
Blogroll
-
-
-
Artikel Februari 20222 years ago
-
POLITIK WANG DALAM UMNO MEMBARAH6 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 years ago
-
-
-
-
Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa8 years ago
-
15 tanda kematian mulia9 years ago
-
-
-
-
Harga Kubah Masjid10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Archives
Link/Laman
Radio & TV
Minda
- Abdul Hadi Awang
- AlHusseyn
- Amin Iskandar
- Anwar Ibrahim
- Azizi Abdullah
- Bakaq
- Dr Mohd Asri
- Dr Siti Mariah
- Dr Zulkifly
- Faisal Tehrani
- Hanipa
- Herman
- Hishamuddin
- Husam Musa
- Ibnu Hasyim
- Idris Ahmad
- Kadir Jasin
- Khalid Samad
- Khalil Idham Lim
- Khir Toyo
- Lufti
- Mahathir
- Mahfuz
- Misbahul Munir
- Nasrudin
- Nik Abdul Aziz
- Nik Nasri
- NikAbduh
- Nobisha
- Raja Petra
- Ramli Abd Halim
- Roslan SMS
- Saiful Islam
- Sayuti Omar
- Sofi Wahab
- Subky
- Tuan Ibrahim
- Wan Ji
- Wfaudzin
- Zaharuddin
- Zaid Ibrahim
- Zainol Abiden
- Zainulfaqar
- Zolkharnain
- Zulkifli Nordin
Categories
- Berita (12)
- GST (7)
- Isu Felda (1)
- Isu Kalimah Allah (144)
- Isu royalti minyak (34)
- Kenyataan Media (6)
- Krisis Perak (16)
- Luar Negara (82)
- Macam-macam ada (54)
- Memali (1)
- P94 Hulu Selangpr (59)
- Pandangan (112)
- Parlimen (12)
- Pedoman (23)
- Politik (803)
- Pulau Pinang (1)
- Sidang Dun Trg (8)
- SodomyII (41)
- Sukan (5)
- Terengganu lening (53)
- Umum (133)
- Useful Info (2)
0 comments