Isu Maulidur Rasul: Umno dan Utusan terkangkang lagi  

Posted by Kunta-Kinte

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA hebohlah satu dunia betapa Umno terlalu inginkan Islam, terlalu cintakan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan betapa Umno berjuang untuk perarakan Maulidur Rasul khususnya di P.Pinang. Kebetulannya P.Pinang diperintah oleh pemimpin Non Muslim tambahan pula dari parti yang bersama Pakatan Rakyat. Seluruh dunia dibawa berita karut oleh Umno dan dipanjangkan pula oleh media pencacai mereka seperti Utusan Meloya dan TV 3 Suku bahawa kununnya kerajaan PR di bawah Lim Guan Eng tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Walaupun KM P.Pinang itu telah menjawab modal bangkrap Umno dan media pencacai itu, kita ingin bertanya kepada Ulamak Umno terlebih dahulu, apakah hukumnya diadakan perarakan Maulidur Rasul? Wajib, sunat, makruh, harus ataupun haram? Sekiranya benar kerajaan negeri P.Pinang tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul TETAPI mengadakan sambutannya sahaja, apakah salah dan menghina Islam?

Lupakah kita pada tahun pertama pemerintahan di bawah Lim Guan Eng beliau satu-satunya KM dari Non Muslim yang turut serta berarak pada sambutan Maulidur Rasul anjuran kerajaan negeri P.Pinang? Sebelum ini adakah Koh Tsu Koon berbuat demikian? Kita telah melihat dengan jelas melalui fakta, sudah berapa banyak bantuan demi bantuan serta sokongan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri P.Pinang kepada kemajuan syiar Islam di P.Pinang? Umno begitu gelisah apabila Lim Guan Eng begitu komited untuk meniru corak pemerintahan Umar Abd Aziz, oleh yang demikian Umno mencipta isu agar kelihatan Lim Guan Eng ini anti Islam.

Jelas sebenarnya Umno lah lebih tidak menghormati Islam. Umno lebih suka Islam dibuat secara `kosmetik' sebab itulah semenjak merdeka kuasa di tangan mereka Islam bukan semakin berkembang bahkan terasing. Sistem pemerintahan di bawah Umno yang mengaku Melayu dan berugama Islam itu tidak pernah berpaksikan Al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad. Tulisan Jawi mati ketika Umno berkuasa dan bantuan ke atas SAR (Sekolah Agama Rakyat) pernah tertindas angkara Umno. Ketika PAS memerintah Terengganu dan Kelantan, kerajaan di bawah Umno menentang kehendak kedua-dua negeri itu untuk melaksanakan hukum hudud. Mana lebih utama, perarakan menyambut Maulidur Rasul atau melaksanakan hukum yang diajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W?

Tahniah kepada Lim Guan Eng kerana tetap menghormati Islam walaupun beliau seorang Non Muslim yang memimpin negeri P.Pinang. Pedulikan Umno yang terus menyalak tanpa sebab dan tidak ikhlas itu. Semenjak bila Umno serius dengan Islam ini? Lihat sendiri apa yang terjadi kepada mahkamah syariah khususnya di dalam mengendalikan kes Qazaf DS Anwar. Mengapa takut jika kes ini diadili oleh mahkamah syariah? Mengapa tertangguh-tangguh dan buat berbagai helah untuk melambat-lambatkan kes berkenaan? Sebab itu Umno begitu suka dan gembira kerana YB Zahrain keluar dari PKR kerana Umno tahu mengapa YB Zahrain itu keluar dari PKR. Bukankah `selera' YB Zahrain itu sama dengan Umno? Fulus...fulus..fulus..dan perut.

Bagi PR, samada dari PAS atau pun dari PKR kita tetap teguh berdiri di belakang Lim Guan Eng ini selagi beliau bertindak telus dan adil. Usah lagi Umno berbicara soal Melayu dan Islam lagi kerana rakyat sudah tahu apa yang `Melayu' Umno ini mahukan. Umno kini gagal di Kelantan, gagal di Selangor, gagal di Kedah dan kini berusaha mengusik kerajaan PR di P.Pinang. Betapa beraninya Lim Guan Eng mendedahkan fakta dan rekod betapa Melayu dan Islam lebih mendapat faedah dari kerajaan pimpinannya. Umno terhantuk dengan fakta ini, lantas mengambil modal bodoh seperti isu perarakan Maulidur Rasul ini. Itu pun Umno terkangkang lagi.

Kita pasti akan melihat selepas ini, Umno dan media-media pencacai yang kelaparan ini akan meroyan apabila keutuhan PR tidak dapat digugat. Kita semua mengalu-alukan sesiapa sahaja YB-YB dari PR yang `berkaki busuk' serta kelaparan seperti YB Zahrain ini untuk keluar dari PR seberapa segera. Rakyat tidak mampu lagi memikul biawak hidup yang masih berbaki dua tiga ekor lagi di dalam PR begitu lama. Tolonglah keluar segera sekurang-kurangnya untuk membuat Umno bergembira menerima bangkai ini.


http://wfauzdin.blogspot.com/

This entry was posted on Monday, February 15, 2010 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments