DALAM gempa bumi terburuk di Padang, September tahun lalu, Noor Azizah yang sarat mengandung, ditemui bersama dua anaknya oleh seorang anggota penyelamat Persatuan Dubalang Amanah Kampar (Damak) dalam keadaan sehelai sepinggang.
Noor Azizah dan anak-anaknya kemudian dibawa ke rumah Ketua Pimpinan Damak, Boostami H K Datuk Duo Balang di Bangkinang sebelum penemuannya dimaklumkan kepada Konsulat Malaysia. Bagaimanapun, urusan membawa mereka pulang menghadapi masalah kerana ketiadaan dokumen perjalanan.
Berasal dari Temerloh, Noor Azizah berhijrah ke Pariaman, Padang, dua tahun lalu, kerana mengikut suaminya warga Indonesia, Sisi Raja Wangsa Sapri, yang dilaporkan hilang dalam bencana itu.
Adiknya, Noor Fazilah berkata, Noor Azizah adalah satu-satunya ahli keluarganya yang masih ada kerana sejak kecil mereka diserahkan kepada keluarga angkat di Temerloh dan sehingga kini tidak pernah berjumpa ibu bapa serta dua lagi adik beradik kandung mereka.
"Sebagai adik, saya akan cuba membantu dan menjaga kakak sedaya upaya. Dulu kakak yang menjaga saya sejak kecil, sekarang saya mahu membalas balik pengorbanannya selama ini," katanya.
www.bharian.com.my

This entry was posted
on Friday, February 26, 2010
and is filed under
Luar Negara
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
0 comments