Melayu Telah Nanar!  

Posted by Kunta-Kinte

KALAU pihak yang membangkit isu kalimah Allah ke mahkamah bertujuan untuk menguji keimanan umat Islam negara ini dan kesatuan politik orang Melayu, barang kali ia boleh dianggap berjaya. Walaupun kebenaran yang diberikan oleh Mahkamh Tinggi agar penggunaan itu ditangguhkan namun maksud dan tujuan tersirat berjaya dicapai.

Kenapa tidak, gara-gara isu kalimah Allah menunjukkan umat Islam dari semua golongan berbelah bahagi. Ada yang bersetuju kalimah itu digunakan oleh Kristian atau sesiapa saja dan ada yang tidak dan menjadi histeria dengan keputusan mahkamah tinggi itu.

Begitu juga dari kalangan orang politik negara ini, tidak sekata dan bercerlaru. Bukan saja antara politik Pas dengan Umno tetapi di dalam sesama parti juga bercelaru dan berselehen pendapat.

Tengok apa kata menteri Umno mengenai cadangan NGO nak mengadakan tunjuk perasaan menyatakan bantahan esok. Najib Razak kata boleh diadakan demostrasi, tetapi Muhyiddin Yassin pula berlapik mengatakan ia harus mendapat permit dan biarlah kalau diadakan pun dalam batas dibenarkan.

Hishmuddin Hussein pula semalam memberi lampu hijkau tetapi hari ini menyalakan lampu merah, menafikan pula apa yang dikatakan semalam. Kononnya kenyataan beliau yang membenarkan tunjuk perasaan dirancang lepas Jumaat esok diputar belitkan oleh meida massa. Sekali lagi media massa dijadikan kambing hitam untuk menyelamatkan menteri Keselamatan Dalam Negeri itu.

Begitu juga dengan pihak polis. Dua tiga hari lepas ada orang memaklumkan yang sampai kepada saya polis akan membiarkan sekiranya ada pihak akan mengadakan tunjuk perasaan, tetapi hari ini KPN, Musa Hassan memberi amaran keras akan menangkap sesiapa yang menunjuk perasaan esok.

Rais Yatim juga turut sama berkokok, katanya elok kalau semua pihak bertenang dan tidak bertindak agresif kerana kes itu dalam bidang kuasa mahkamah. Katanya biarlah mahkamah menetukan dulu. Aduh...!

Nampaknya lagi banyak menteri bercakap lagi celaru dan tambah hiru biru. Nasib baik Samy Vellu dan Lim Kheng Yaik sudah tidak jadi menteri, kalau tidak lagi kelam kabut jadinya.

Apakah percanggahan dan ketidaksektaan ini menunjukkan Umno sendiri tidak sekata dalam soal ini? Yang jelasnya Umno tidak membuat apa-apa stand berhubung isu ini. Jadi dalam isu kalimah Allah sebenarnya baik Umno, Pas atau PKR tidak boleh dibanggakan (diharapkan) kerana mereka jelas hanya mahu menumpang tui para NGO saja. Namun kalau mereka sendiri yang merancang, bangun dan tegak mempertahankan... tidak.

Begitu juga di sebalik Pas. Kalangan bawahan seronok kalau tunjuk perasaan diadakan esok. Mereka yang sudah terbiasa dengan tunjuk perasaan akan keluar beramai-ramai. Tetapi dari kalangan pemimpin tidak berapa minat untuk mengadakan tunjuk perasaan. Kebanyakan pemimpin seakan bersikap tunggu dan lihat di samping menghitung untung di sudut lain.

Semalam semasa makan dengan seorang pemimpin Pemuda Pas Pusat, beliau menjelaskan golongan bawahan dan golongan gerakan Islam terdiri dari kalangan muda dan cerdik pandai kurang bersetuju dengan sikap tidak bersungguh Pas dalam hal ini. Mereka mengharap Pas yang menjadi lead dalam siri tunjuk perasaan menyatakan sanggahan itu. Bagaimana pun apa yang diharapkan tidak membuahkan hasil. Sesetengah mereka kata pemimpin muda itu jadi bingung dan tidak faham dengan pendirian Pas.

Dalam pada itu ada pula pemimpin Pas menasihti ahlinya agar jangan ikut menyertai tunjuk perasaan bantah kalimah Allah esok tetapi pergilah ke tunjuk perasaan membantah Mesir?

Apakah maknanya semua ini? Pada saya inilah menunjukkan umat Islam berbangsa Melayu negara ini tidak sepakat walaupun dalam bab agama. Kesimpulannya kalaulah pihak yang menimbulkan isu kalimah Allah ini mempunyai motif untuk menguji kekuatan Melayu dan Islam, nah.. ternyata mereka mendapat apa yang diharapkan itu.

Setidak-tidaknya dalam tempoh dua hari ini orang Kristian khasnya, menyedari sejauh mana kekuatan dan kesatuan orang Melayu negara ini. Bahawa ..yang penting.. dalam ramai-ramai Melayu itu ada yang menyokong dan simpati kepada mereka tanpa mengira atas alasan dan maslahat apa pun.... yang penting orang Melayu bersimpati dengan mereka dan sedia bertolak ansur kandatipun mengilankan hati orang Islam lain.




http://www.msomelayu.blogspot.com/

This entry was posted on Friday, January 08, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments